"Semua benda yang jadi, bersebab.
Kadang-kadang Tuhan nak tunjuk kat kita supaya kita boleh selesai masalah, so kita boleh terus hidup.
Kalau bukan untuk diri sendiri pun, untuk orang yang kita sayang, kan."
Thanks Pak Haris.
I will try to understand what is happening here.
But to find out why, for me, maybe it's not an option.
Friday, 22 June 2012
Thursday, 21 June 2012
Gila. Gila Ke?
"Fuhhhh..."
Epmet menghembuskan asap perlahan-lahan dari mulutnya. Berkepul-kepul asap beracun itu menuju dan tenggelam ke dalam pekatnya malam. Malam yang kelam. Malam yang gelap. Matanya memerhati sahaja asap yang perlahan-lahan hilang dari pandangan. Malam ini, terasa sejuk, akibat angin yang kuat bertiup. Habis rambut Epmet yang distail rapi selama setengah jam jadi berserabut, semacam rupa orang baru bangun tidur lagaknya. Epmet fikir, salah dia juga, siapa yang suruh buat gila pergi melepak di tepi pantai malam-malam begini.
Namun memang ada sebab mengapa Epmet berkelakuan begitu. Muka yang tersenyum tak semestinya menggambarkan rasa hati. Kadangkala rasa hati itu mahu sahaja diterjemah ke dalam ekspresi muka, namun baginya yang suka berfikir panjang kecuali dalam hal-hal berkelakuan gila, dia rasa tak berbaloi. Hanya membazirkan airmata, hanya menyerabutkan fikiran. Dan kadang-kadang bila terpancar sedikit akan keresahan itu dan membawa kepada teguran rakan-rakan, habis semua orang di sekeliling ditipunya.
"Biar orang lain gembira, jangan merasa apa yang aku rasa"
Epmet pernah mengucapkan benda ini suatu ketika dulu. Ketika itu Epmet lebih gila dari sekarang. Bunuh diri merupakan suatu perkara yang hampir dilakukannya. Akibat kecewa dengan cinta pertama yang berlari jauh, jauh sekali meninggalkannya. Tapi ketika itu Epmet masih mentah, orang kali pertama rasa kecewa, biasalah. Namun pengalaman demi pengalaman mengajar Epmet untuk kawal perasaan dan terima sahaja perkara buruk yang berlaku. Yang penting dia tidak akan sama sekali menjadi orang yang cuba menyakitkan orang lain, kerana kegembiraan orang lain merupakan suatu rahmat baginya. Dia mungkin bermuram durja, dia mungkin bermasam muka, tapi jika insan lain itu gembira, dia akan tersenyum juga. Biar bermanis muka, kerana sabar itu lebih mahal daripada segalanya. Tetapi, di sudut lain, pengalaman itu juga mengajar Epmet untuk menjadi semakin
Jahat
Yaaaa jahat. Epmet yang luarannya dikenali baik dan banyak menggembirakan orang, sebenarnya ada unsur hitam yang melekat di hatinya. Epmet melakukan perkara-perkara jahat tanpa sedar. Epmet rasa perkara-perkara ini tidak salah untuk dilakukan. Sebab biasalah, mana ada orang jahat rasa benda jahat yang dia buat tu salah. Kalau dia rasa, masakan seseorang yang jahat akan terlintas untuk melakukan benda itu, bukan?
"Benda yang jadi ni maybe salah aku jugak. Sebab aku tau jalan yang aku pilih ni terang-terang salah..Hahaha"
Orang yang celaru, begitulah. Gelak tak tentu hala. Gelak orang gila, gelarnya. Bagi Epmet, kadang-kadang memang dia tak siuman. Buat benda tak siuman, bercakap dan berkhayal sorang-sorang. Semuanya sebab nak menghilangkan tekanan. Tapi dalam pada itu dia berdoa pada Tuhan, semoga dia takkan betul-betul jadi gila. Sebab pada pengalamannya, dia kecewa mungkin sekejap saja. Jadi biarkan benda itu berlaku.
"Sebab benda jahat lain yang bakal aku buat, mesti akan buat aku happy semula punya. So, fuck that shit. Be strong and let it flow. "
"Sebab benda jahat lain yang bakal aku buat, mesti akan buat aku happy semula punya. So, fuck that shit. Be strong and let it flow. "
Tapi get ready la ye bro. Dunia ni ada hukum karma dia sendiri. Kau bikin benda jahat, kau dapat jahat jugak la.
"Siapa suruh dulu orang buat jahat kat aku. Lagipun bukan semua mangsa aku, dan bukan semua aku jadi mangsa. Sama macam orang yang berasap ni. Bukan semua jadi mangsa asap. Hahahaha"
Degil.
"Jom kodek. Kita gerak tempat lain. Ngantuk dah ni weh." Epmet bingkas bangkit, menuju ke destinasi yang tak pasti bersama kodek kesayangannya. Meneruskan kegilaan yang tak tahu di mana akhirnya. Tanpa ada tanda bahawa kejahatan beliau akan berakhir.
Epmet, Epmet..Kau memang degil..Akibat kesunyian, kau jadi macam ni..
P.D, 0347hrs, 21 June 2012,
Saturday, 9 June 2012
pilihan
dahulu
aku punya pilihan
dalam berjauhan
untuk saling berhubungan
tapi aku tinggalkan.
dahulu
aku punya pilihan
ketika masalah mendatang
untuk pertahan, atau biarkan
dan aku biarkan.
dahulu
aku punya pilihan
ketika sedang sendirian
tapi aku tidak melawan
melayan hati dan perasaan.
kini
aku punya pilihan
kerana aku terasa keterasingan
seperti seorangan
hidup tiada teman.
kini
aku punya pilihan
untuk terus meninggalkan
kerana aku rasa kasihan
kepada diri yang kehuru-haraan.
kini
aku punya pilihan
yang terbentang nun di hadapan
tapi mampukah aku lakukan
sesuatu yang bukan
aku lakukan kepada perempuan.
adakah aku rakan?
atau adakah aku teman?
kau punya pilihan
aku juga punya pilihan.
aku punya pilihan
dalam berjauhan
untuk saling berhubungan
tapi aku tinggalkan.
dahulu
aku punya pilihan
ketika masalah mendatang
untuk pertahan, atau biarkan
dan aku biarkan.
dahulu
aku punya pilihan
ketika sedang sendirian
tapi aku tidak melawan
melayan hati dan perasaan.
kini
aku punya pilihan
kerana aku terasa keterasingan
seperti seorangan
hidup tiada teman.
kini
aku punya pilihan
untuk terus meninggalkan
kerana aku rasa kasihan
kepada diri yang kehuru-haraan.
kini
aku punya pilihan
yang terbentang nun di hadapan
tapi mampukah aku lakukan
sesuatu yang bukan
aku lakukan kepada perempuan.
adakah aku rakan?
atau adakah aku teman?
kau punya pilihan
aku juga punya pilihan.
Wednesday, 6 June 2012
suka tapi diam sahaja
ada kebenarannya.
suka tak semestinya cinta
sayang juga tak semestinya
suka tak menjanjikan masa depan
lebih lebih lagi untuk mereka yang cepat bosan
lebih baik jadikan rahsia
agar tak hilang rasa suka
agar tak pudar riang gembira
ketika berada bersama berdua
kepada kau yang aku suka
biar aku pendam apa yang aku rasa
agar tak hilang senyuman di muka
agar aku tak menjadi sang penganiaya
sudahlah aku ini kasanova
tak mahulah jadi kaki perempuan pula
jauh sekali dipanggil womenizer
sebab lelaki, memang pencinta wanita.
:)
suka tak semestinya cinta
sayang juga tak semestinya
suka tak menjanjikan masa depan
lebih lebih lagi untuk mereka yang cepat bosan
lebih baik jadikan rahsia
agar tak hilang rasa suka
agar tak pudar riang gembira
ketika berada bersama berdua
kepada kau yang aku suka
biar aku pendam apa yang aku rasa
agar tak hilang senyuman di muka
agar aku tak menjadi sang penganiaya
sudahlah aku ini kasanova
tak mahulah jadi kaki perempuan pula
jauh sekali dipanggil womenizer
sebab lelaki, memang pencinta wanita.
:)
Tuesday, 1 May 2012
kenapa dia?
awal pagi yang ikhlas dan panas itu Epmet terbangun. Epmet seka
peluh yang terbit sedikit kat dahinya. Epmet terperanjat tapi tak sampai mata
terbelalak. sekeliling Epmet masih gelap. Epmet punya rumet dah sampai pulau
mana dah roh dia terbang. tapi Epmet, terduduk camni. Epmet heran, Epmet
pening, Epmet konfius. Epmet tak tau pengalaman apa yang dia dah alami ni. Epmet
tak tau roh dia terbang ke mana tadi. Epmet tak tau apa-apa.yang dia ni tau dia
mimpi.Epmet mimpi benda yang sangat aneh.Epmet tak sangka dia mampu mimpi benda
macam tu. Epmet tak tau apa motif dia mimpi macam tu.Epmet serabut. nak fikir
tapi tak mampu. Epmet carik lojika dia tapi tak jumpa. Epmet search kat gugel
pun, gugel sudah gagal. Epmet sambung baring lepas bertenang sikit. Dia tenung
jauh sangat jauhnya sejauh siling bilik. sampai Epmet rasa dia ada pandangan
ala cyclops. Epmet mula buat monolog dalaman yang dia rasa patut untuk
melegakan kehairanan dan keresahan akibat insiden yang tak terjadi dalam jaga,
sebaliknya berlaku dalam lena.Epmet berhempas pulas fikir sebab musababnya. Epmet
selidik nak carik puncanya. tapi tak jumpa jumpa.Epmet sampai terlelap Epmet
masih berfikir
“kenapa gua mimpi gua nikah dengan awek senior gua? “
p/s: dan Epmet
pening, “kenapa tema dia biru kuning? gua syak afiq rudzi je penyebab kalau ada
unsur unsur pengaruh kaler camtu.”
Subscribe to:
Posts (Atom)

