dahulu
aku punya pilihan
dalam berjauhan
untuk saling berhubungan
tapi aku tinggalkan.
dahulu
aku punya pilihan
ketika masalah mendatang
untuk pertahan, atau biarkan
dan aku biarkan.
dahulu
aku punya pilihan
ketika sedang sendirian
tapi aku tidak melawan
melayan hati dan perasaan.
kini
aku punya pilihan
kerana aku terasa keterasingan
seperti seorangan
hidup tiada teman.
kini
aku punya pilihan
untuk terus meninggalkan
kerana aku rasa kasihan
kepada diri yang kehuru-haraan.
kini
aku punya pilihan
yang terbentang nun di hadapan
tapi mampukah aku lakukan
sesuatu yang bukan
aku lakukan kepada perempuan.
adakah aku rakan?
atau adakah aku teman?
kau punya pilihan
aku juga punya pilihan.
Saturday, 9 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment