yeah,makan malam se-fakulti telah dengan jayanya dan
purplenya dilangsungkan di grand ballroom, palace of golden horses (
hoh.berangan la sampai chechnya pun takkan ada fakulti ni nak buat makan malam di tempat tersebut.kami bukan beruntung macam student-student cohort 5 tuh~kiiiikikiki~).macam biasalah.majlis makan malam,maka makan dan minumlah aktiviti utamanya.dan apa saja yang anda bayangkan sebagai aktiviti asas dalam aktiviti makan malam,anda benar semuanya.namun malam itu membawa beberapa insiden yang menjadi momentum untuk beberapa pihak.
1. malam tersebut merupakan malam utama untuk encik muhammad asraf bin amir hassan a.k.a shahrul kuntum
*WTF?* kerana dengan jayanya dapat menafikan cubaan panic attack untuk menyerang beliau.hentaman dram yang dilakukannya sangat bertenaga dan menjadi kegilaan ramai gadis dan gay-gay seuniversiti.sabar acap.ramai lagi gadis.usah dilayan gay-gay yang meminati kau.
2. untuk semester kedua berturut-turut,encik ahmad shazwan bin sharif mohd. pula berjaya menafikan cabaran dari beberapa pihak untuk merampas takhtanya sebagai manusia paling anggun di alam kimia.diakui ternampak reaksi kegelisahan di mukanya apabila mahu diumumkan nama,takut-takut beliau digulingkan oleh generasi muda.ternyata sangkaan rampasan kuasa meleset sama sekali setelah hidung tajam beliau membawa tuah kepadanya.(
tapi dapat trofi saja.kiiiiiikikiki~)
3.malam ini juga menyaksikan kelahiran raja-raja dangdut yang bakal menggantikan iwan.akibat ketiadaan lagu yang mampu menggamit suasana dewan orang ramai sekolah kebangsaan tamil (
ni gua quote kata-kata vokalis kuntum), maka mereka-mereka ini menerbitkan satu idea yang tidak kurang gampangnya apabila mempersembahkan lagu-lagu dangdut sambil mempamerkan aksi gelek sepuluh ratus darjah walaupun badan mereka lurus takde cutting haram walau satu darjah sekalipun.nah,perempuan yang mampu menggiurkan lelaki menerusi irama dangdut kalah dengan teruknya malam ini.satu pun tak berani naek atas pentas.
sebagai pelajar-pelajar semester akhir,ini merupakan majlis makan malam akhir kami bersama fakulti kejuruteraan kimia universiti teknologi mara pulau pinang.sekalung kredit jugak ar untuk semua urusetia yang menjayakan majlis.tahun depan kitorang dah blah,korang bwat la lagi bagus.pow je pengarah kampus kita tu dwet lebih sket.mintak tar-kan tempat parking kereta pon tak boleh,korang bagi balas dendam untuk pihak kitorang,okay?
habis makan,kami kembali semula ke mode thesis,sebab minggu depan kena hantar.
mampus.
yaaa itu dia pakaian rasmi aku semasa dinner.sampai saudari ety tak kenal siapa wajah di sebalik topeng.kiiiiikikiki~