Monday, 12 October 2009

filsafat 13 oktober

telah dua kali genap,bumi berputar mengelilingi suria.telah dua kali genap jua,sang harimau menemui kasihnya si merpati.bahgia sentiasa bersama,walau jauh dari pandangan mata selalunya.

namun,bersama si merpati,terdapatnya satu pasang si tua yang dari kalangan yang ada-ada.dek kerana terhutang nyawa dan harta,merpati menurut sahaja perintah si tua itu.harimau yang asal rupanya keras kepala mengajar erti degil pada si merpati,namun sudah lumrah merpati itu putih warnanya,putih juga lah hatinya.namun kasih si merpati tetap tidak berubah.begitu jua harimau,walau pedih hatinya memandang dan melihat,namun kerana kasih dan hormat,ditemankannya merpati itu,dan itu janji yang diungkap harimau,untuk sentiasa meneman merpati,supaya merpati sentiasa tenang,tak terganggu dek gilanya si tua tua.

sehinggalah sampai suatu masa,genap dua dekad dua belas purnama,merpati sepatutnya bebas mengikut hukum alam.bebas berterbangan ke mana jua,bebas berfikir dan bebas mengikut nalurinya.tapi apakan daya,kegilaan si tua jua sampai kemuncak,kurungannya diperketat,membuat merpati terkapai-kapai.sang harimau yang jauh,tahu hal ini,dan amuknya membuak.tapi sayangnya pada merpati masih di puncak,kerana masa hadapan yang bakal tiba menjanjikan kebahagiaan.hati harimau terpaksa dilembutkan,walaupun darah naik ke kepalanya.kasihan si merpati itu.sedangkan harimau terpaku terdiam tanpa mampu berbuat sesuatu.

namun,suatu hari nanti, sang harimau berjanji,akan memakan dan mencarik pasangan tua itu yang menghalang merpati yang cukup usianya dari memiliki haknya berterbangan bebas di udara,walau apa pun rintangan yang perlu si harimau itu lalui.itulah janji si harimau yang terpisah dengan si merpati dek kurungan tak bermakna,biar kurang ajar sekalipun namanya.