demikianlah kata-kata yang terhambur daripada mulut Epmet ketika lengannya sedang erat berpaut di tiang-tiang balkoni, yang ditujukan buat Ahli Syihir. Ahli Syihir yang seakan tengah berkhayal di dalam malam pekat tiada berbintang sambil mendengar deburan air swimming pool di bawah tiba-tiba sedar akan pekatnya juga ayat itu. Ahli Syihir bertanya semula kepada Epmet apa yang dimaksudkan dengan ayatnya itu. Epmet sedikit hairan, kerana dia tahu betapa straightforwardnya ayat dia, tapi si Ahli Syihir masih tak dapat tangkap. tak apalah. Epmet kata dia nak terangkan.
cuba bayangkan. ayat tu menunjukkan aktiviti sailang ini bukanlah menyakitkan semua pihak. tidak sama sekali. aktiviti sailang itu juga ada membawa kebahagiaan. kenapa? kerana orang di sekeliling kita hanya menumpukan kepada kejahatan aktiviti tersebut yang merampas dan merobek kebahagiaan orang lain di sebelah pihak. tapi kita pernah tak fikir pasal orang yang disailang? pernah kita letakkan diri kita dalam kasut diorang? kenapa diorang memilih/merelakan diri diorang untuk disailang? adakah diorang ni memang betul betul jahat, tidak setia dan sebagainya? pastinya diorang akan kata tidak sama sekali, kerana diorang sendiri pun dalam perjalanan mencari kebahagiaan. kalau penyailangan itu membawa bahagia, kenapa tidak untuk memilih itu, bukan?
tapi bagi Epmet dan Ahli Syihir, dirasakan diorang dua ni berkongsi fikiran yang sama.
kami ini mangsa sailang. buat apa nak letakkan diri dalam kasut diorang? pernah ke yang disailang ni nak letak diri diorang kat tempat kami? dan orang yang disailang ni taktau gamaknya akan kewujudan perkataan karma, atau amek ringan pasal tu. masa tu barulah korang tau makna remuk hati dsb.mungkin di awal masa kami yang menderita, tapi derita kami bukan selamanya weh.kalau kami masih tahu lagu "pesanan buat kekasih" nyanyian Spring, maka untunglah korang-korang yang mencari kebahagiaan tu. tapi kalau tidak, then you may sit over the corner, and cries a lot while thinking the past, because that is what we did earlier, my dears.
"Jomlah. kata nak pi makan"
"Jom."
Allahumma, na'uzubika min qahrirrijal. Amin.
