Thursday, 21 June 2012

Gila. Gila Ke?

"Fuhhhh..."

Epmet menghembuskan asap perlahan-lahan dari mulutnya. Berkepul-kepul asap beracun itu menuju dan tenggelam ke dalam pekatnya malam. Malam yang kelam. Malam yang gelap. Matanya memerhati sahaja asap yang perlahan-lahan hilang dari pandangan. Malam ini, terasa sejuk, akibat angin yang kuat bertiup. Habis rambut Epmet yang distail rapi selama setengah jam jadi berserabut, semacam rupa orang baru bangun tidur lagaknya. Epmet fikir, salah dia juga, siapa yang suruh buat gila pergi melepak di tepi pantai malam-malam begini. 

Namun memang ada sebab mengapa Epmet berkelakuan begitu. Muka yang tersenyum tak semestinya menggambarkan rasa hati. Kadangkala rasa hati itu mahu sahaja diterjemah ke dalam ekspresi muka, namun baginya yang suka berfikir panjang kecuali dalam hal-hal berkelakuan gila, dia rasa tak berbaloi. Hanya membazirkan airmata, hanya menyerabutkan fikiran. Dan kadang-kadang bila terpancar sedikit akan keresahan itu dan membawa kepada teguran rakan-rakan, habis semua orang di sekeliling ditipunya. 

"Biar orang lain gembira, jangan merasa apa yang aku rasa"

Epmet pernah mengucapkan benda ini suatu ketika dulu. Ketika itu Epmet lebih gila dari sekarang. Bunuh diri merupakan suatu perkara yang hampir dilakukannya. Akibat kecewa dengan cinta pertama yang berlari jauh, jauh sekali meninggalkannya. Tapi ketika itu Epmet masih mentah, orang kali pertama rasa kecewa, biasalah. Namun pengalaman demi pengalaman mengajar Epmet untuk kawal perasaan dan terima sahaja perkara buruk yang berlaku. Yang penting dia tidak akan sama sekali menjadi orang yang cuba menyakitkan orang lain, kerana kegembiraan orang lain merupakan suatu rahmat baginya. Dia mungkin bermuram durja, dia mungkin bermasam muka, tapi jika insan lain itu gembira, dia akan tersenyum juga. Biar bermanis muka, kerana sabar itu lebih mahal daripada segalanya. Tetapi, di sudut lain, pengalaman itu juga mengajar Epmet untuk menjadi semakin

Jahat

Yaaaa jahat. Epmet yang luarannya dikenali baik dan banyak menggembirakan orang, sebenarnya ada unsur hitam yang melekat di hatinya. Epmet melakukan perkara-perkara jahat tanpa sedar. Epmet rasa perkara-perkara ini tidak salah untuk dilakukan. Sebab biasalah, mana ada orang jahat rasa benda jahat yang dia buat tu salah. Kalau dia rasa, masakan seseorang yang jahat akan terlintas untuk melakukan benda itu, bukan?

"Benda yang jadi ni maybe salah aku jugak. Sebab aku tau jalan yang aku pilih ni terang-terang salah..Hahaha"

Orang yang celaru, begitulah. Gelak tak tentu hala. Gelak orang gila, gelarnya. Bagi Epmet, kadang-kadang memang dia tak siuman. Buat benda tak siuman, bercakap dan berkhayal sorang-sorang. Semuanya sebab nak menghilangkan tekanan. Tapi dalam pada itu dia berdoa pada Tuhan, semoga dia takkan betul-betul jadi gila. Sebab pada pengalamannya, dia kecewa mungkin sekejap saja. Jadi biarkan benda itu berlaku.

"Sebab benda jahat lain yang bakal aku buat, mesti akan buat aku happy semula punya. So, fuck that shit. Be strong and let it flow. "

Tapi get ready la ye bro. Dunia ni ada hukum karma dia sendiri. Kau bikin benda jahat, kau dapat jahat jugak la.

"Siapa suruh dulu orang buat jahat kat aku. Lagipun bukan semua mangsa aku, dan bukan semua aku jadi mangsa. Sama macam orang yang berasap ni. Bukan semua jadi mangsa asap. Hahahaha"

Degil.

"Jom kodek. Kita gerak tempat lain. Ngantuk dah ni weh." Epmet bingkas bangkit, menuju ke destinasi yang tak pasti bersama kodek kesayangannya. Meneruskan kegilaan yang tak tahu di mana akhirnya. Tanpa ada tanda bahawa kejahatan beliau akan berakhir.


Epmet, Epmet..Kau memang degil..Akibat kesunyian, kau jadi macam ni..


P.D, 0347hrs, 21 June 2012,

No comments:

Post a Comment