Wednesday, 16 November 2011

selamat

sebagai anak tahun naga, gua sentiasa mengimpikan bahawasanya gua akan jumpa mutiara naga, suatu hari nanti. gua nak pow menatang yang duduk dalam mutiara naga tu cermin peniru doraemon. supaya gua boleh menjadi tamak tanpa menjadi tamak.

tapi gua hairan. dah dua puluh dua tahun gua hidup atas muka bumi Tuhan, gua rasa Kakaroct lah manusia yang paling bernasib baik. dari kecik sampai ke besar, tak sudah sudah jumpa mutiara naga. hairan gua.

untuk tahun seterusnya gua yang bakal gua tempuh ni, gua nak sambung conquest gua. tak dapat jumpa mutiara naga, jumpa mutiara tokek pun jadi lah. boleh gua minta cermin diri untuk yang tak sedar diri ni.

selamat jalan dua puluh satu tambah satu. gua masih terasa perasaaan legal akhirnya, walaupun sekarang sudah jadi tambah dua. hahahahaha

p/s: bet gua masih berjalan, dan tinggal 23 jam 09 minit lagi. we'll see. :)

Monday, 14 November 2011

hujan cintan

malam itu, malam yang sejuk. ingin saja bersembunyi di balik selimut. mengerekot macam kerengga yang bertungkus lumus mengalahkan saudara sespeseisnya dalam arena perebutan daun yang masak ranum. hujan kucing dan anjing di luar sana. titis titisnya mampu membuat seseorang atau semua orang mengeluh akibat kekuyupan yang melampau, dan memaksa mereka ke bilik mandi untuk membersihkan diri daripada air hujan yang melekat di badan. air hujan zaman sekarang bukan boleh percaya. silap silap kau boleh jumpa kaki lipas dalam air hujan tu.

telefon genggam ada di tanganan gua. eh silap, telefon tangan ada di genggaman gua. tapi gua tak rasa nak call sesiapa. gua bukan kedekut kredit. gua cuma rasa nombor nombor yang ada tersimpan di dalam buku telefon automatik tu tak ada satu pun yang membuatkan hati gua bergejolak nak hubungi. dan sila jangan mengarahkan soalan anda kepada "eh takkan dengan yang tu pun lu tak nak hubungi. atau sekadar bertanya khabar?" sebab jawapan gua akan berbunyi begini "lu tak faham bahasa ke?nak gua tumbuk sekali dulu kot?"

mungkin gua tak rasa ada keinginan malam ini untuk bercinta dengan sesiapa manusia, hatta bersosial sekalipun. kalau orang lain mungkin malam begini yang ditemani angin sesejuk sesepoi bahasa melayu tinggi, adalah masa yang sesuai untuk meluahkan kata kata cinta, ataupun bertanya sama ada si dia dah makan ke belum dengan penuh perasaan cinta. aneh, nak tanya sudah bersantap atau belum pun hati penuh berbunga bunga sama macam soalan "adakah awak cintakan saya sepenuh hati awak" sebab tak ada kesinoniman antara soalan makan dan soalan cinta. itu sejauh mana yang gua tahu lah.

maka daripada gua melayan mood-mood cinta kepada manusia ini, lebih baik gua layan satu lagi aspek yang gua dah sebut sebelum ini. makan. dan gua nak menerbitkan rasa cinta makan. makan semasa hujan adalah suatu perkara yang hebat. dan anda akan merasakan hati penuh debunga sebagaimana orang yang bercinta. rasa nikmat dan khayal seperti di kayangan gamaknya. jadi gua pun bergegas untuk mendapatkan "cinta" tersebut.

gua masak air. gua selongkar almari. dalam masa tujuh minit terhidang di depan gua segelas milo panas dan semangkuk besar cintan perasa kari.

gua hirup milo, gua srrrupppppp cintan. serta merta gua terbayang ketika gua berusia tiga tahun. gua datang ke tempat ayah gua selalu melampiaskan masa lapang bersama rakan rakannya. ayah gua memang digelar putera mahjong dulu. gua haram sepatah tak faham permainan tahi apakah itu. yang gua tahu, ada banyak batu putih bentuk petak yang pelbagai coraknya, lepas itu semua pemain akan menggerak-gerakkan batuan tersebut dan menghasilkan bunyi yang merdu. oleh sebab gua tak faham, gua akan merengek sebab gua tak tahu apa nak buat. nanti akan datang satu ah so yang comel membawakan gua cintan perasa kari dalam mangkuk bercorak naga beserta kayu penyepit. gua yang masih mentah ketika itu terus makan tanpa usul periksa dan menggemarinya. sejak itu, setakat maggi ni, gua pandang sebelah mata sahaja.

wah, seronoknya mengimbau kenangan di kala hujan. nampaknya bukan orang orang bercinta sahaja yang khayal dek lamunan sekarang. gua pun macam dah terkena sama. gua sedar hidup ini bukan sekadar gembira dek cinta. banyak lagi perkara yang kadang kadang kita rasa sangat mudah boleh membawa gembira. gua beuntung sebab gua macam ada unsur unsur kesedaran sedikit mengenai itu.

sekarang gua dah kenyang. gua terpikir lu orang yang sibuk bercinta ni, ada ke imbauan mengenai mee segera?



dan macam biasa mata gua mengerling ke atas toolbar.

gua nampak perkataan "Usaha Peristilahan".

gua pun buat monolog "sial la. minggu ni dah la minggu sembilan. shit."

Tuesday, 8 November 2011

when the black disappear from a jangster's flag

"klik.klik.klik"

berbunyi tetikus comel berwarna putih yang dirembat dari pejabat dek tekanan yang dikenakan oleh jari-jemari. matanya tak lepas memandang sesuatu susuk yang memakai pakaian yang sangat sinonim dengan merah kuning.ataupun gergasi merah.

tiba tiba rasa hati macam beruntung sekejap.orang lain semua ada pemain pujaan mereka sendiri, yang mereka kadang kadang hanya mampu perhati dari jauh. atau dekat. sesekali minta otograf kalau orang tu cukup popular.tapi yang ini kes lain. pemain pujaannya walaupun selalunya jauh, tapi bila dekat, rasa teramatlah dekat. rasa teramatlah rapat. dan pujanya itu bukan sebab dia terkenal atau apa. pujanya sebab istimewa.

sebagai seorang jangster, hati dan jiwa sentiasa di bawah panji beradat merah hitam kuning. tapi dalam kes ni, soal diri seorang jangster disimpan sekejap. sambil membayang diri menyarung pakaian kebanggaan negeri yang punya lokasi pokok bercahaya berwarna warni. sambil memerhati pemain pujaan beraksi di tengah gelanggang. sanggup kena maki sebab tiba tiba sokong pasukan rival. dulu kecil kecil benci sangat dengan pasukan tu.sekarang dah lekat.tu lah orang tua madah.

"mula mula benci, lama lama jadi sayang"

gelak saja dalam hati. dulu cinta pada sukan bolasepak semata mata.kali ni makin parah.makin melarat.sampai orang yang dalam medan pun terkena.benda lain semua tolak tepi (baca entri sebelum ini).

so.selamat berjaya untuk musim baru.ada rezeki silalah ke peringkat akhir lagi sekali.

comel kan muka kena pixelate? kahkahkahkahkahkahkahkah (credit to faselangor.com)

dalam seronok seronok menaip, mata tiba tiba terpandang taskbar.jelas terpampang suatu tulisan yang sangat dikenali.

"Peristilahan Bahasa Melayu"


"oh, shit."


Monday, 7 November 2011

11 Zulhijjah. Lembu dah banyak tombang. Malamnya...

"kok kok kok koooookkkkkk"

Epmet terbangun. terperanjat. mungkin sebab dah lama tak dengar suara merdu ayam berkokok. langit luar masih gelap. kereta di luar dah kebasahan. embun sepertiga malam barangkali. bangun dan ke tandas sekejap. buat teh o panas, Epmet on laptop. norma belia moden, nak online, mukadimahnya haruslah muka buku. kalau tak, takkan sedari Najwa boleh bikin lagu.

Epmet dah habis menyelongkar laman sosialnya yang kadang kadang rupa semak samun. macam macam ada. hal lembu terbalik lah, hal buah apa yang anda nak bagi pada saya lah. Epmet scroll ke bawah. carik bahan untuk diselongkar lagi. untung untung boleh kasi komen sedas dua. asalkan jangan tekan button like tanpa usul periksa.

Halaman muka sesawang terus meluru ke bawah, seraya dengan gerakan jemarinya yang mengarahkan sedemikian. jarinya terhenti apabila matanya menangkap sesuatu.

"Seksualiti Merdeka"

Soalan apa kejadahnya ni yang selalu menjadi ungkapan tidak terpacul dari suara fizikal atau suara hati Epmet. sebaliknya hanya satu senyuman, yang disertai mata yang mengecil. selain terbayang suara pembaca berita yang sekian kali mengulang isu ini, Epmet serta merta teringatkan seseorang. individu yang jadi penyumbang utama riak muka Epmet sekarang ini. individu yang sejak sekian lama wajahnya jadi penghias skrin fonsel milik Epmet.

orang yang kenal rapat dengan si Epmet ni pasti tahu siapa insan tu. Epmet tahu pendirian dan nalurinya. tapi Epmet sendiri memilih jalan hidup seperti yang dimilikinya sekarang walau kadangkala dirasakannya payah. Epmet punya misi. misi mengembalikan identiti. identiti yang lama bersembunyi. semua pun ditanggungnya sebab Epmet punya rasa. dan individu itu hadir dengan reaksi yang sama.

Epmet tahu benda alah Seksualiti Merdeka ni takde kena mengena langsung dengan individu tersebut. entah dia tahu atau tak entah. tapi perkara yang dilaungkan mereka punya sedikit pautan dengan dirinya. penka, kebebasan bernaluri. naluri yang langsung tak difikirkan Epmet semasa cuba merapati dirinya. yang penting dia dapat. nah, sekarang tertanggung pulak dengan suatu misi. tapi tu semua bukan misi mustahil..

Epmet tutup laptop dalam mod tidur. Epmet sambung perbaringannya sambil termenung jauh.

"Tuhan, berilah aku kekuatan. Jadikan misi ini satu kesempurnaan."

Lelapnya Epmet ditemani wajah insan yang ada dihatinya. Rindu waktu pagi menjadi selimut yang menyelubunginya.

Dan ya. Epmet terlepas nak buat Tahajjud. takut Tahajjud yang patut berpaksi Ilahi berubah jadi Tahajjud Cinta.