Epmet terbangun. terperanjat. mungkin sebab dah lama tak dengar suara merdu ayam berkokok. langit luar masih gelap. kereta di luar dah kebasahan. embun sepertiga malam barangkali. bangun dan ke tandas sekejap. buat teh o panas, Epmet on laptop. norma belia moden, nak online, mukadimahnya haruslah muka buku. kalau tak, takkan sedari Najwa boleh bikin lagu.
Epmet dah habis menyelongkar laman sosialnya yang kadang kadang rupa semak samun. macam macam ada. hal lembu terbalik lah, hal buah apa yang anda nak bagi pada saya lah. Epmet scroll ke bawah. carik bahan untuk diselongkar lagi. untung untung boleh kasi komen sedas dua. asalkan jangan tekan button like tanpa usul periksa.
Halaman muka sesawang terus meluru ke bawah, seraya dengan gerakan jemarinya yang mengarahkan sedemikian. jarinya terhenti apabila matanya menangkap sesuatu.
"Seksualiti Merdeka"
Soalan apa kejadahnya ni yang selalu menjadi ungkapan tidak terpacul dari suara fizikal atau suara hati Epmet. sebaliknya hanya satu senyuman, yang disertai mata yang mengecil. selain terbayang suara pembaca berita yang sekian kali mengulang isu ini, Epmet serta merta teringatkan seseorang. individu yang jadi penyumbang utama riak muka Epmet sekarang ini. individu yang sejak sekian lama wajahnya jadi penghias skrin fonsel milik Epmet.
orang yang kenal rapat dengan si Epmet ni pasti tahu siapa insan tu. Epmet tahu pendirian dan nalurinya. tapi Epmet sendiri memilih jalan hidup seperti yang dimilikinya sekarang walau kadangkala dirasakannya payah. Epmet punya misi. misi mengembalikan identiti. identiti yang lama bersembunyi. semua pun ditanggungnya sebab Epmet punya rasa. dan individu itu hadir dengan reaksi yang sama.
Epmet tahu benda alah Seksualiti Merdeka ni takde kena mengena langsung dengan individu tersebut. entah dia tahu atau tak entah. tapi perkara yang dilaungkan mereka punya sedikit pautan dengan dirinya. penka, kebebasan bernaluri. naluri yang langsung tak difikirkan Epmet semasa cuba merapati dirinya. yang penting dia dapat. nah, sekarang tertanggung pulak dengan suatu misi. tapi tu semua bukan misi mustahil..
Epmet tutup laptop dalam mod tidur. Epmet sambung perbaringannya sambil termenung jauh.
"Tuhan, berilah aku kekuatan. Jadikan misi ini satu kesempurnaan."
Lelapnya Epmet ditemani wajah insan yang ada dihatinya. Rindu waktu pagi menjadi selimut yang menyelubunginya.
Dan ya. Epmet terlepas nak buat Tahajjud. takut Tahajjud yang patut berpaksi Ilahi berubah jadi Tahajjud Cinta.



