Monday, 15 August 2011

pisang dan dia.

dia hanya tunduk. mengutip pisang yang terjatuh ke lantai pasaraya yang dikunjunginya. mengembalikannya ke tempat asal. aku tahu dia tersenyum namun tak kelihatan.senyumannya mungkin hanya untuk suaminya, justeru tidak hairan selembar kain hitam melitupi sebahagian wajahnya. dek kerana budinya yang mungkin kelihatan sebesar kuman sahaja, aku tahu aku ada sedikit perasaan jatuh hati, namun adalah lebih baik aku diam dan tersenyum seorangan dan berdoa semoga jejaka yang baik bakal menikahinya, dan dapat membawanya keluar dari hiruk pikuk dunia yang penuh dengan lilitan hitam tak kelihatan, yang tidak seindah lilitan hitam yang menyelimuti senyuman gadis itu. agar dia dapat berasa tenang, dan paling tidak dapat memenuhi impiannya untuk bebas dari persekitaran yang penuh masalah, walaupun jejaka itu bukanlah baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


No comments:

Post a Comment