kerana cinta,
seawal jam satu pagi sudah ada yang berada di lokasi perkumpulan. merehatkan badan di bawah langit pagi yang terbentang bagai hamparan, ditemani angin sejuk yang mencengkam badan, bergurau senda bersama saudara dan rakan taulan, merayakan berakhirnya penantian.
kerana cinta,
ultras, penyokong biasa, casual, skinhead, kelab penyokong tidak dikira. dengan keretapi, bas, kapal terbang, motor atau kereta. tak kira utara, tengah, pantai timur, selatan, kepulauan borneo di timur Malaysia. semua memulakan perjalanan seawal pagi, menuju ke destinasi yang sama.
kerana cinta,
laungan semangat bergema di lokasi berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. supaya seluruh kawasan perjalanan berkongsi semangat di badan, tahu tujuan kita dan tahu kita sedang meluahkan rasa kecintaan.
kerana cinta,
laungan semangat semakin kuat volumnya apabila kaki dijejak ke destinasi. seluruh pelusuk warga mereka terkesima dengan apa yang kita nyanyi. dan hanya kerana suara ramai petugas mereka mula mengerumuni.
kerana cinta,
lagu keramat NEGARAKU menggegarkan arena mereka dengan nyanyian sepenuh hati. panji besar terbentang menutupi segenap ruang yang kita diami. lagu mereka pula dibontoti, walaupun atas dasar sedikit menghormati, aku menyanyi di dalam sepi.
kerana cinta,
tenaga kita dikerahkan sehabisnya. walau ada halangan melanda, kita turuti atas dasar cinta pada pasukan kita. sambil mencambah benih kebencian di dalam jiwa.
kerana cinta,
apabila kejatuhan seketika itu muncul, sugulnya seperti orang putus cinta, namun itu lumrah manusia untuk rasa kecewa. dan rasa itu tidak lama, kerana rasa CINTA melebihi segalanya. menguatkan semangat untuk bangkit dan kembali semula.
kerana cinta,
ada yang jatuh akibat kehabisan tenaga, ada yang dirawat akibat cedera, semua melindungi antara saudara. semua mengambil berat akan keadaan saudara. susah senang jatuh bangun bersama-sama.
kerana cinta,
pabila saat kebangkitan menjelma, atas dasar cinta terbit airmata gembira, berpelukan dan bersyukur pada Yang Maha Esa, tanda api perjuangan masih menyala, ya kita tak kisahkan kalah, janji bukan mengalah.
kerana cinta,
laungan semangat tidak terhenti, walau wisel penamat sudah dibunyi, dan kepada yang mencabar kesabaran di hati, maka ada yang mendapat habuan yang mungkin dihajati.
kerana cinta,
pulangnya kita ke Malaysia tercinta, penuh dengan harapan yang masih membara. untuk menyaksikan 90 minit yang kedua, supaya kejayaan menjadi milik kita. dan kepada warga seberang sana, selamat datang kepada anda semua. semoga igauan ngeri menghantui minda anda.
in the jungle,
the mighty jungle,
the lion sleeps tonight.
*BUT HERE'S THE RIGHT ONE FOR THEM*
oi you lions,
you stinky lions,
we welcome you to HELLLLLLLL
harimau eh harimau eh harimau eh harimau eh.
Sunday, 24 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment