tajuk sudah tertulis di atas.saya punya princess yang menjalankan kegiatan tagging ni.jadi aktiviti menjalankan amanah akan dilakukan sekarang kerana kerja-kerja menyiapkan thesis adalah sangat memeningkan kepala.apatah lagi jika bukan 1,tapi 4 nak kena siapkan.hesh~
Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged (aaa..tang ni susah sikit.maka saya akan mengkhianati peraturan ini dengan bangganya) (To do this, paste these instructions in the body of the note, type your 25 random things, then click publish.)
-aa sayang,saya ubah rules ni jugak tau-
1.benda ini mestilah paling utama.siapa kenal ? sebab beliau adalah princess saya dan saya sayang beliau.
2.saya merupakan salah seorang ultras atau fanatik bolasepak/pengganas bolasepak Malaysia.jika anda nampak seorang mamat memakai baju hitam dan juga topeng pengganas di dalam stadium yang mengadakan perlawanan bolasepak pasukan Malaysia,tegurlah.saya la tu.
3.masih lagi tentang bolasepak Malaysia.sasaran terdekat saya 26 julai nanti ialah pergi stadium dan tengok Malaysia XI menentang Manchester United.kalau ada siapa-siapa nampak ada mamat sedang bakar bendera/jersi Manchester United dalam stadium sambil memakai topeng pengganas, anda boleh teka siapa itu.
4.saya suka makan.saya jarang kenyang.abanglong saya panggil saya tekak biawak,dan rakan-rakan Harimau Malaya panggil saya tong drum.dan saya suka makan AYAM.tapi kenapa saya masih kurus? hairan~
5.saya suka travel.saya mau kumpul wang untuk travel.saya nak ke Anfield satu hari nanti.dan saya juga suka jalan-jalan.jalan-jalan dengan berjalan kaki,sekitar Kuala Lumpur,pakai jersi Liverpool/Malaysia,seluar pendek,berkasut,ber-beg galas.tapi orang suka pau saya di Kuala Lumpur.hampeh.
6.saya benci Freemason.saya benci Luciferian.saya benci Zionis tapi saya tak benci Yahudi.saya benci Secret Societies.saya benci Occults.saya akan menjadi sebahagian dari barisan penghapus Novus Ordo Seclorum dan Illuminati.
7.saya adalah ahli cyberwar di YouTube.saya suka perang kata-kata dan psikologi dengan manusia-manusia penyokong Novus Ordo Seclorum dan Zionisme.setakat ini saya ada dua musuh ketat di YouTube.nama mereka ialah mi6QBranch dan CWBYHNK.mereka panggil saya terrorist lover.tapi saya suka layan mereka.sebab mereka suka cari pasal.hahaha
8.untuk mengarahkan adik-adik saya yang tak reti tidur sebaliknya buat bising untuk tidur dengan cepat,saya hanya perlu buka lampu,berdiri di pintu,pandang muka mereka tanpa perlu berkata apa-apa.3 minit kemudian mereka akan lena.mudah kan? cubalah.
9.pernah dengar super berkira dan cerewet? sebab itu kriteria saya untuk berbelanja.kualiti dan keuntungan adalah sangat penting.
10.pak guard pernah bermimpi ngeri apabila mereka terpaksa mengejar saya akibat saya tak memakai selipar atau kasut sebaliknya hanya berkaki ayam di ruang legar kedua universiti saya.namun mereka silap kerana mereka sedang deal dengan bekas sprinter 100m.
11.tidak berakhir kepada pak guard sahaja.beberapa pelajar universiti saya juga mengalami mimpi ngeri yang sama kerana terpaksa melihat seorang pelajar bergolek sambil berbaring ketika menuruni tangga dari tingkat 1 ke ground floor.pelajar itu juga pernah menutup mukanya dengan baju ketika berjalan dari bangunan annex ke tempat parking motor.akibatnya pelajar itu menambah mimpi ngeri mereka kerana beliau termasuk dalam longkang.
12.Kama Rozihan binti Ali dan Nurdiana binti Salehan.dua nama ini pernah wujud dalam hidup saya kemudian meninggalkan saya juga keluarga saya.saya sangat sayang mereka sebab mereka adalah ibu dan adik saya.saya doakan kebahagiaan mereka di dunia sebelah sana.Amin.
13.ujian lesen motosikal sangat menyusahkan saya.saya gagal dua kali,dan terpaksa berpindah institut kerana institut lama saya tutup tanpa khabar dan songlap abes wang-wang pelajar.akhirnya kerana kesuntukan masa saya terpaksa menghulurkan sedikit saguhati kepada pegawai JPJ.
14.saya suka kucing.saya sayang kucing.tapi saya takut kuku mereka.
15.saya suka kasut.saya suka kamera.
16.posisi semasa bermain bola/futsal saya ialah pemain pertahanan sebelah kiri.para penyerang lawan tak suka saya kerana saya suka rempuh mereka macam sedang main ragbi.kaki saya juga suka menyelit di kaki mereka sehingga mereka tension.namun kadang-kadang saya juga berindak sebagai penjaga gawang atau pemain sayap kiri.
17.Ultraman(jangan gelak),Spongebob Squarepants,Keroro Gunsou,Yakitate!! Japan = favourite
18.menghafal dan bahasa ialah kesukaan saya.tapi saya sampai sekarang tak faham kenapa saya ada di Fakuli Kejuruteraan Kimia.
19.pantang saya bilik gelap waktu siang.saya suka cahaya matahari.dan pantang saya bilik cerah waktu malam ketika mahu tidur.saya suka kegelapan kalau nak tidur.tak percaya sila tanya seorang pelajar di asrama putera yang terpaksa melihat mata tajam saya dan akhirnya beliau mengalah untuk tutup lampu.
20.friendly namun pemalu besar.itu juga kriteria saya.
21.sebuah kereta,sebuah superbike,sebuah DSLR = sasaran pembelian saya untuk jangka masa pendek atau panjang.janji ada udah cukup.
22.kebanyakan lagu-lagu yang saya minat,jarang bertakhta di hati untuk masa yang lama.sekerat dua je lagu yang terus menerus diminati.
23.selama ini saya sangat degil dengan friendster.tapi princess saya bersama encik Gozal Prasat telah menyebarkan dan mempengaruhi saya untuk ada facebook.
24.kebersihan adalah kehidupan saya.tapi pada masa yang sama saya sangat malas untuk mengemas melainkan mood bersih saya datang.
25.saya bukan perokok,dan saya tidak meminum alkohol.jika ada rokok dan asap dan habuk dan sejuk yang mengundang penyakit,maka saya akan mengunjungi antara tempat yang paling kerap saya datang: zon merah unit kecemasan hospital.
selesai.maka saya bukan saja mau tag 25 orang.siapa saja yang ternampak tag ni,saya mengamanahkan anda untuk menjawab tag ini.trimas.

inilah rupa sebuah keganasan.tapi manusia di baliknya tak adalah ganas pun.haha.