Thursday, 19 February 2009

kedatangan dan pemergian.

19 Februari

mood ini baru sahaja memilih untuk bergembira atas dua perkara kedatangan:

1.kedatangan 19 februari bermakna genap 17 bulan kami bersama.dan aku mengharapkan angka-angka ini akan semakin bertambah tanpa ada penghujung.insyaAllah.*love you princess*

2.kedatangan 19 februari 2008 juga menceriakan aku apabila keluarga kami bertambah ahlinya seorang lagi.ahli lelaki.dapat juga akhirnya aku mengubat kesedihan aku kerana kehilangan puteri kecil yang sangat keluarga aku sayang.


namun hidup ini adil belaka,kalau ada gembira,ada sedihnya.kalau ada kedatangan,pasti ada kepergiannya.maka dalam kegembiraan menyambut kelahiran baru,hari ini juga tercatat dalam suratan takdir,seorang lagi insan yang aku gelar rakan pergi meninggalkan aku juga teman-teman lain.sedih itu datang jua,kerana beliau boleh dikatakan agak rapat dengan diri ini.namun apakan daya,sudah sampai jua hukum Tuhan Yang Maha Esa.

teman,
aku pohon sejuta kemaafan,kerana keterlanjuran aku yang sentiasa memarahimu ketika kita bekerja bersama.
aku juga pohon sejuta kemaafan,kerana aku tak henti-henti mengusik kau,dan aku mungkin tak sedar jika ada yang kau simpan di dalam hati.
aku sangat hargai masa yang kita telah habisi bersama dalam arena pelajaran ini.
aku akan terus mengingati dirimu teman,dan saat yang telah kita lalui bersama.
gelak tawa,luahan perasaan,dan segala-galanya akan aku kenang
walaupun jasadmu hancur dimamah bumi.

selamat beristirahat teman.semoga kau damai di sisi Yang Maha Esa.semoga keampunan dianugerahkan kepada dirimu.Amin.

nukilan ini khas untuk:

Wan Zauree Hisham bin Wan Idris
(1988-2009)

No comments:

Post a Comment