Monday, 16 March 2009

kisah bulu-bulu kepala

adalah telah ditakdirkan bahawa jodohku bersama rambut-rambut yang panjang mengurai ini adalah tidak lama, setelah beberapa kali dinasihati oleh para pengawal berbaju biru di kampus dan adalah sedikit lagi mereka akan mengeluarkan perintah untuk mengadapkan diri di mahkamah keadilan dalaman.(oi mampus aku tak mau masuk court setelah tragedi semester satu.macam bilik seksaan minda sial).mengapakah lelaki tidak boleh dibiarkan berambut sedikit panjang? adakah profesionalisme boleh direndahkan hanya kerana rambutku melepasi bahu? pernahkah kau melihat a.samad said,sasterawan negara yang merupakan genius bahasa? pernahkah kau melihat kitaro, genius muzik negara mentari terbit tempat kelahiran sarjan keroro? ya jangan samakan aku dengan jurutera-jurutera laen.aku adalah jurutera versi baru meh(di lubuk hati dan kepala ni jauh sangat pikiran aku daripada cita-cita nak jadi engineer).tapi ye la,lumrah manusia serabut,asal rambut panjang start la kepala ni serabut dengan masalah.maka ada jugak niat nak memendekkan kepanjangan rambut ni sebenarnya.keh keh keh.

setelah cik princess membantu aku dengan memberi semangat kental,mengingatkan aku bahawa memotong rambut itu tidaklah sesakit mana,sekadar digigit semut cuma,aku mula melangkah ke Jusco Sebarang Prai City,tempat letaknya pusat menggunting rambut yang besar yang mampus tak pernah pergi pon.ekekeke.aku masuk,bayar dua puluh hengget,biar kepala aku dishampoo dan diurut sambil minum teh cina *oi nikmat alam semulajadi kepala kena urut dengan shampoo ni sambil minom teh.minyak kapak pon bagi nikmat sedemikian rupa meh*,pastu start la upacara memutuskan bulu-bulu panjang yang tumbuh kat kepala nih.dengan sedih aku melihat baki-baki rambut berguguran ke lantai.tapi tak apalah.nanti tumbuh balek.kadar pemanjangan rambut aku kan sangat cepat.keh keh keh.

sudah.selesai.rambut baru akan mendedahkan dirinya di kelas.cepatlah panjang rambutku sekalian.aku setia menunggu~


lihatlah betapa cantiknya rambut ana yang fanjang ituh.apakah motif raut muka menahan sebak.muahahaha

5 comments:

  1. hahaha sila jeles bahawa uni aku tak kesah student dia rambut panjang ke pendek. >:D

    ReplyDelete
  2. btw. of course best nak cuci rambut kat saloon. im going for it roday kot if sempat :)

    love u!

    ReplyDelete
  3. pinksterz: sebab locals kat sana majoriti belianya rambut panjang? atau sebab rambut panjang itu lawa bagi makhluk2 arab?

    azreena: haha ye ensem tp x reti nak make it stylo lah.love you too.

    ReplyDelete
  4. ala botak je aa senang.ko segan ,pakai je songkok ari2 haha

    ReplyDelete