Monday, 3 September 2012

soalan.

"bila lagi?" tanya Hantu Galah.

"tahun depan agaknya ye?" tebak Kazen Anak Mak Long dia depan rumah.

"ha lulus, lulus..dah lepas dah ni.." Mak Andak dia pulak bersuara.

"hehe ni memang nak test pun ni.." Bonda dia pun tak tinggal nyakat.

"lepas dah sudah ni abes lah, keje basuh periuk pulak belakang rumah." usik Dato' Baju Purple.

"pasni kita pulak kat situ eh. boleh amek berkat." sekali dia pun sama..

satu hari suntuk buat kerja, muka Epmet jadi merah. satu sebab panas cuaca. satu lagi sebab asyik kena asak dengan soalan panas. buat pertama kali Epmet rasa tak senang duduk, fikiran kucar kacir dengan soalan yang sebegitu rupa, yang sebelum ni tak ada bagi efek langsung kat Epmet. 

Epmet rasa buntu sikit. sebab perancangan yang dia buat tahun 2010, dah jadi lain bila masuk 2011. yang dirancang tahun 2011, terus twist bila masuk 2012. Epmet fikir apa pulak nak jadi tahun-tahun akan datang ni. sebab perancangan utama dia masa tahun 2011 hanya akan berakhir pada 2014. masa merancang umur tak jadi masalah. tapi sekarang pusing abes 360 darjah, umur jadi masalah utama. 

soalan utama yang bermain dalam kepala Epmet.

"mau ke bonda dengan ayah dia bagi masa yang rasanya pada orang lain cukup lama? sebab selagi tak join kelab 3 series ni rasanya elok belajar dulu, zaman belajar kan zaman yang best.nanti dah kerja, lama lama jadi bosan pulak walaupun dah pegang duit sendiri.......

...............lagipun saya nak buat PhD insya Allah."

pening.

Monday, 16 July 2012

stori singkat dari balkoni

mangsa sailang yang menderita, sedangkan yang disailang terus bahagia.

demikianlah kata-kata yang terhambur daripada mulut Epmet ketika lengannya sedang erat berpaut di tiang-tiang balkoni, yang ditujukan buat Ahli Syihir. Ahli Syihir yang seakan tengah berkhayal di dalam malam pekat tiada berbintang sambil mendengar deburan air swimming pool  di bawah tiba-tiba sedar akan pekatnya juga ayat itu. Ahli Syihir bertanya semula kepada Epmet apa yang dimaksudkan dengan ayatnya itu. Epmet sedikit hairan, kerana dia tahu betapa straightforwardnya ayat dia, tapi si Ahli Syihir masih tak dapat tangkap. tak apalah. Epmet kata dia nak terangkan.

cuba bayangkan. ayat tu menunjukkan aktiviti sailang ini bukanlah menyakitkan semua pihak. tidak sama sekali. aktiviti sailang itu juga ada membawa kebahagiaan. kenapa? kerana orang di sekeliling kita hanya menumpukan kepada kejahatan aktiviti tersebut yang merampas dan merobek kebahagiaan orang lain di sebelah pihak. tapi kita pernah tak fikir pasal orang yang disailang? pernah kita letakkan diri kita dalam kasut diorang? kenapa diorang memilih/merelakan diri diorang untuk disailang? adakah diorang ni memang betul betul jahat, tidak setia dan sebagainya? pastinya diorang akan kata tidak sama sekali, kerana diorang sendiri pun dalam perjalanan mencari kebahagiaan. kalau penyailangan itu membawa bahagia, kenapa tidak untuk memilih itu, bukan?

tapi bagi Epmet dan Ahli Syihir, dirasakan diorang dua ni berkongsi fikiran yang sama.

kami ini mangsa sailang. buat apa nak letakkan diri dalam kasut diorang? pernah ke yang disailang ni nak letak diri diorang kat tempat kami? dan orang yang disailang ni taktau gamaknya akan kewujudan perkataan karma, atau amek ringan pasal tu. masa tu barulah korang tau makna remuk hati dsb.mungkin di awal masa kami yang menderita, tapi derita kami bukan selamanya weh.kalau kami masih tahu lagu "pesanan buat kekasih" nyanyian Spring, maka untunglah korang-korang yang mencari kebahagiaan tu. tapi kalau tidak, then you may sit over the corner, and cries a lot while thinking the past, because that is what we did earlier, my dears.

"Jomlah. kata nak pi makan"

"Jom."


Allahumma, na'uzubika min qahrirrijal. Amin.

Wednesday, 11 July 2012

pertandingan

pernah tak dalam suatu suatu masa, kau tengah bawak moto sensorang, then kau sampai ke satu traffic light, yang lampunya menyala lampu merah. kau pun berenti. pandang kiri pandang kanan, tup tup sampai satu mamat baek punya, bukan bawak bike kawasaki or ducati pun. bawak gtr je lebih kurang, benti kat sebelah kau. tiba tiba kau dengar dia macam rem moto dia. tapi kau tak tau pun apa niat dia rem moto tu walaupun nampak macam poyo.tapi dalam hati kau macam ada satu desakan. desakan yang cakap "kau tak boleh kalah dengan mamat ni beb. dia bukan power pun." bila lampu hijau, puh bukan main lagi kau terus speed, amek lajak baek punya. tengok side mirror, gtr tu ada kat belakang. nampak macam tengah kejar kau. langsung kau lenjan lagi laju. rupa-rupanya mamat tu pun tercabar dengan kau, tu yang beriya mengejar tu.hek eleh.

haaa.itu lah nama dia persaingan. orang barat kata competition. kau menganggap yang benda simple as bawak moto masa lampu hijau bertukar jadi grand prix bila ada individu kedua atau lebih kat tepi kau. dan adat la dalam persaingan, seseorang tu akan buat semampu mungkin bila he or she put his or her full effort in it. rasa taknak kalah tu mesti akan muncul punya. kau akan pandang kau punya counterpart as a powerful person who can beat me anytime. jadi kau akan buat apa saja, termasuklah benda benda tak masuk akal atau benda benda jahat, demi mencapai kepuasan atau dalam kepala kau disebut kemenangan. nampak macam tak masuk akal kan? tapi tu realiti beb. realiti yang memang jadi. ada orang yang kat pejabat sanggup sampai jadi pak sanggup semata mata nak dapat pangkat. ada orang dalam mesorat JKKK sanggup sampai pakai duit semata mata nak kan posisi jadi pengerusi. banyak lagi ar contoh.

in other words, i should put that competition is something that really put someone in a position which he or she will put so much focus in it, and sometimes the effort or the state of competition itself will worsened that person. but anyhow, competition is a part of life. so to whomever reads this and you are "in" a position of a competition, just do your best and never harm yourself. respect your counterpart but never treat them as nice as you treat a cat. aim for a win, but do not give up when you lose, because in a blink of an eye, you'll find yourself in another competition, which you will finally be a winner.

jadi aku pun kena la buat benda sama. jangan jadi bangang dan merosakkan diri sendiri dalam perjalanan kau nak cuba memenangi sesuatu tu. 

haha.

Tuesday, 10 July 2012

aku dah boleh makan semula beb.

all the lubdubs will disappear when you starts to ignore.

and all the pains that seems unbearable before, will go to the farthest side of your heart.

that is just you man. that is just you.

be positive and work smart for it. God willing you'll have what you want.

-p/s smiling alone whilst thinking the bad things i did, it's kinda awesome, man. i'm a bad guy indeed.

Saturday, 7 July 2012

when you run for girls, you'll definitely ran out of money.

but when you run for money, you'll never ran out of girls.

and do not forget your Lord. since He controls both wealth and girls. pray to Him, so He'll give you both.

even better man, even better.

Thursday, 28 June 2012

apabila mengimamkan solat, 

kita pasti akan memandang seketika makmum-makmum yang mengikuti kita

hal itu buat aku terfikir

aku cukup gembira apabila aku dapat berkhidmat untuk kawan-kawan dengan menjadi imam ketika solat

namun,

bilakah masanya akan sampai untuk aku mengimamkan solat dan makmumnya adalah soulmate aku

soulmate yang sedia menemani lelaki ini sepanjang hayatnya

sesungguhnya itu pasti akan menjadi kegembiraan abadi.

Saturday, 23 June 2012

Pening Woi.

Sakit mata. Cerah sangat gamaknya hari ni. Berpinau kepala rasanya. Tapi Epmet tetap gagahkan diri untuk bangun. Tarik selimut, duduk belunjur. Epmet pandang kiri, pandang kanan, kawan-kawannya masih lena dibuai mimpi. Mimpi pasal Germany menang 4-2 pagi tadi kot? Entah. Yang itu Epmet tak tau. Yang Epmet tau, dalam kepalanya masih berserabut. Masih rasa fucked-up like hell. Jauh lebih kusut kalau nak banding dengan rambutnya yang dah tak terurus masuk hari ketiga. Rasa rimas dalam benaknya mengalahkan rimas kat rambut akibat tak syampu rambut dengan syampu botol biru. Jangan-jangan lipas pun boleh kenyang makan kelemumur yang berlambak macam emping jagung di dalam mangkuk untuk sarapan di waktu pagi. Tapi Epmet bukan sarapan pun. Dia menjauhkan diri daripada makanan. Takde selera. Oh, Lebih tepat lagi hilang selera. Padahal perut berkeriuk melampau-lampau.

Epmet tarik sekali selimutnya, tanda malas tu masih ada tinggal bekas-bekas sikit. Diheret selimutnya tu pergi ke balkoni. Pagi ni tak la sejuk mana, cuma selimut tu umpama kubu. Kubu yang menjadikan dirinya terlindung, rasa lebih selamat. Selamat dari segala perkara negatif yang sedang dan tengah berlaku atas dirinya. Rasa hangat selimut tu buat unstable mood of him untuk lega sedikit. Epmet tarik kerusi yang memang ada kat balkoni, Epmet terus rebah tak pikir apa dah. Dia penat. Dia lelah. Penat bukan sebab dia sekali berjaga malam tengok Euro yang bukan main berleluasa pagi-pagi yang baru berlalu ni. Tapi dia memang penat. Penat memikirkan apa sebenarnya yang dah jadi.

Epmet duduk merenung jauh kota yang penuh sibuk. Perhatikan segala bentuk kenderaan yang melintas, yang menghon, yang berhenti dan tak kurang yang langgar lampu merah sambil buat muka konon-kononnya apa yang diorang buat tu tak salah langsung. Epmet tersenyum sendiri. Rasa bahagia sebab orang lain bahagia menyelusuri hari-hari dalam hidup diorang. Tapi senyuman Epmet tu tak pernah memadamkan rasa geram yang membara dan rasa pening yang berputar ligat di dalam kepalanya.

Dalam renungan Epmet yang begitu jauh sampai nampak kawasan Putra Heights, Epmet masih terbayang apa yang membuat dirinya mencapai kemuncak kepeningan. Apa yang membuat matanya jadi merah. Apa yang membuat dia jadi marah-marah pagi-pagi buta. Epmet ingat balik, semalam bukan semalam yang hangat bagi dia. Tapi semalam tu membuatkan segala persoalan makin lama makin banyak yang terjawab. Epmet akhirnya tahu apa yang bermain di dalam kepalanya adalah benar, walaupun bukanlah seratus peratus. Epmet tak sangka langsung akhirnya benda yang paling dia tak kisah suatu ketika dulu hari ini meninggalkan bekas yang begitu jauh mendalam dan membakar tubuhnya. Segala penat Epmet berjaga hampir 5 jam, menahan sakit punggung, duduk di bawah pokok-pokok dalam tempoh yang begitu lama, ditambah pula dengan kesejukan malam yang sememangya tak sesuai untuk orang yang penuh penyakit macam dia. Tapi demi sebuah kepastian, dia gagahkan diri sendiri. Dia asyik kata "kalau kau nak tau jawapannya daripada kau duduk dan bertanya soalan pada diri sendiri macam orang gila, baik kau tahan bro." Dan diri Epmet tunduk dan patuh kata-kata Epmet. 

Dan penantiannya itu berbaloi. Sedari jauh dia nampak kenderaan yang sangat dikenalinya melintasi tempat duduknya. Dan individu yang sangat dikenalinya juga ada dalam kenderaan tersebut. Menjawab segala persoalan kenapa orang tu berkelakuan sangat aneh pada malam tersebut. Benar kata hati Epmet, kalau nak jadi jahat, jangan tipu orang jahat, sebab orang jahat tu lebih lama dah buat perkara-perkara jahat yang kau bayangkan. Pengalaman mengajar Epmet untuk dengar kata hati, sebab kata hati Epmet menunjukkan yang dia di pihak yang benar kali ini. Dengan tenang orang yang di-spy-olehnya keluar dari kenderaan dan terus masuk ke rumah, tanpa menyedari ada sepasang mata yang memerhati dari dekat. Kalau ikutkan hati marah Epmet, mahu disergahnya orang tu. Tapi Epmet ikut lagi kata hatinya yang bagitau - "Jangan buat. Ada benda lagi best akan jadi kalau kau simpan, dan sakit tu aku tau kau mampu. Berjaya tak berjaya tu belakang kira. Ala, macam apa yang kau buat pagi-pagi buta ni lah."

Dalam senyuman keresahan, Epmet bangun dari tempat duduknya dan perhatikan gelagat kenderaan yang dikenalinya meninggalkan kawasan itu. Epmet terlalu serabut sehingga buat dia ketawa kecik. Epmet naik atas kenderaan dia semula, dan ikut tinggalkan tempat tu. Dalam perjalanan macam biasalah, Epmet buat perangai bebudak dia semula - membebel sorang-sorang. Bila ada motor ke kereta lain ke lalu sebelah, dia diam sekejap. Dia terus berlalu memecah keheningan pagi. Sebelum dia bangun tidur pagi ni, entah ke mana Epmet pergi, dia ajelah yang tau, 

Sepandai-pandai orang melompat, akhirnya kaki itu tetap akan penat.

Epmet tak carik salah orang, dia carik salah sendiri. Balik-balik karma je yang keluar terpacul bila dia berpikir. 

Yelah, Epmet kan jahat. Orang jahat dibalas............................................................