kenapa nama baharu?
kerana hidup aku sebelum ini sekompleks memainkan angklung.
gembira dalam payah
dan aku mahu hidupku mudah
semudah meniup seruling
aku kini sudah terjatuh cinta dengan seruling.
dan aku mahu seruling itu menjadi teman aku.
supaya aku bisa meniupnya pada ketika tertentu.
dan kuharap
aku jadi gembira sepenuh jiwa
tiupan seruling ini mampu
meniup lara dalam diri
p/s: selamat berbahagia sayang
maaf ku tak bisa memilih dirimu
pergilah kepadanya
semoga dia lebih baik daripadaku
jangan kau tunggu aku di hari pernikahanmu
