Sakit mata. Cerah sangat gamaknya hari ni. Berpinau kepala rasanya. Tapi Epmet tetap gagahkan diri untuk bangun. Tarik selimut, duduk belunjur. Epmet pandang kiri, pandang kanan, kawan-kawannya masih lena dibuai mimpi. Mimpi pasal Germany menang 4-2 pagi tadi kot? Entah. Yang itu Epmet tak tau. Yang Epmet tau, dalam kepalanya masih berserabut. Masih rasa fucked-up like hell. Jauh lebih kusut kalau nak banding dengan rambutnya yang dah tak terurus masuk hari ketiga. Rasa rimas dalam benaknya mengalahkan rimas kat rambut akibat tak syampu rambut dengan syampu botol biru. Jangan-jangan lipas pun boleh kenyang makan kelemumur yang berlambak macam emping jagung di dalam mangkuk untuk sarapan di waktu pagi. Tapi Epmet bukan sarapan pun. Dia menjauhkan diri daripada makanan. Takde selera. Oh, Lebih tepat lagi hilang selera. Padahal perut berkeriuk melampau-lampau.
Epmet tarik sekali selimutnya, tanda malas tu masih ada tinggal bekas-bekas sikit. Diheret selimutnya tu pergi ke balkoni. Pagi ni tak la sejuk mana, cuma selimut tu umpama kubu. Kubu yang menjadikan dirinya terlindung, rasa lebih selamat. Selamat dari segala perkara negatif yang sedang dan tengah berlaku atas dirinya. Rasa hangat selimut tu buat unstable mood of him untuk lega sedikit. Epmet tarik kerusi yang memang ada kat balkoni, Epmet terus rebah tak pikir apa dah. Dia penat. Dia lelah. Penat bukan sebab dia sekali berjaga malam tengok Euro yang bukan main berleluasa pagi-pagi yang baru berlalu ni. Tapi dia memang penat. Penat memikirkan apa sebenarnya yang dah jadi.
Epmet duduk merenung jauh kota yang penuh sibuk. Perhatikan segala bentuk kenderaan yang melintas, yang menghon, yang berhenti dan tak kurang yang langgar lampu merah sambil buat muka konon-kononnya apa yang diorang buat tu tak salah langsung. Epmet tersenyum sendiri. Rasa bahagia sebab orang lain bahagia menyelusuri hari-hari dalam hidup diorang. Tapi senyuman Epmet tu tak pernah memadamkan rasa geram yang membara dan rasa pening yang berputar ligat di dalam kepalanya.
Dalam renungan Epmet yang begitu jauh sampai nampak kawasan Putra Heights, Epmet masih terbayang apa yang membuat dirinya mencapai kemuncak kepeningan. Apa yang membuat matanya jadi merah. Apa yang membuat dia jadi marah-marah pagi-pagi buta. Epmet ingat balik, semalam bukan semalam yang hangat bagi dia. Tapi semalam tu membuatkan segala persoalan makin lama makin banyak yang terjawab. Epmet akhirnya tahu apa yang bermain di dalam kepalanya adalah benar, walaupun bukanlah seratus peratus. Epmet tak sangka langsung akhirnya benda yang paling dia tak kisah suatu ketika dulu hari ini meninggalkan bekas yang begitu jauh mendalam dan membakar tubuhnya. Segala penat Epmet berjaga hampir 5 jam, menahan sakit punggung, duduk di bawah pokok-pokok dalam tempoh yang begitu lama, ditambah pula dengan kesejukan malam yang sememangya tak sesuai untuk orang yang penuh penyakit macam dia. Tapi demi sebuah kepastian, dia gagahkan diri sendiri. Dia asyik kata "kalau kau nak tau jawapannya daripada kau duduk dan bertanya soalan pada diri sendiri macam orang gila, baik kau tahan bro." Dan diri Epmet tunduk dan patuh kata-kata Epmet.
Dan penantiannya itu berbaloi. Sedari jauh dia nampak kenderaan yang sangat dikenalinya melintasi tempat duduknya. Dan individu yang sangat dikenalinya juga ada dalam kenderaan tersebut. Menjawab segala persoalan kenapa orang tu berkelakuan sangat aneh pada malam tersebut. Benar kata hati Epmet, kalau nak jadi jahat, jangan tipu orang jahat, sebab orang jahat tu lebih lama dah buat perkara-perkara jahat yang kau bayangkan. Pengalaman mengajar Epmet untuk dengar kata hati, sebab kata hati Epmet menunjukkan yang dia di pihak yang benar kali ini. Dengan tenang orang yang di-spy-olehnya keluar dari kenderaan dan terus masuk ke rumah, tanpa menyedari ada sepasang mata yang memerhati dari dekat. Kalau ikutkan hati marah Epmet, mahu disergahnya orang tu. Tapi Epmet ikut lagi kata hatinya yang bagitau - "Jangan buat. Ada benda lagi best akan jadi kalau kau simpan, dan sakit tu aku tau kau mampu. Berjaya tak berjaya tu belakang kira. Ala, macam apa yang kau buat pagi-pagi buta ni lah."
Dalam senyuman keresahan, Epmet bangun dari tempat duduknya dan perhatikan gelagat kenderaan yang dikenalinya meninggalkan kawasan itu. Epmet terlalu serabut sehingga buat dia ketawa kecik. Epmet naik atas kenderaan dia semula, dan ikut tinggalkan tempat tu. Dalam perjalanan macam biasalah, Epmet buat perangai bebudak dia semula - membebel sorang-sorang. Bila ada motor ke kereta lain ke lalu sebelah, dia diam sekejap. Dia terus berlalu memecah keheningan pagi. Sebelum dia bangun tidur pagi ni, entah ke mana Epmet pergi, dia ajelah yang tau,
Sepandai-pandai orang melompat, akhirnya kaki itu tetap akan penat.
Epmet tak carik salah orang, dia carik salah sendiri. Balik-balik karma je yang keluar terpacul bila dia berpikir.
Yelah, Epmet kan jahat. Orang jahat dibalas............................................................