Monday, 16 April 2012

keterlanggaran

crushes
yeah, crushes
something is really wrong with this word
by the availability of "-es"
a lot of people thinks that it is in appropriate
to have the "-es"

they said you are not loyal
they said you use people
they said you just want to have fun
they said it is a no-no

but

apa salahnya tak setia - sebab masih tak ada ikatan
apa salahnya menggunakan orang - untuk memilih yang mana satu
apa salahnya untuk bergembira - sebab memang itu menggembirakan
kenapa tak boleh?

thanks my once loved, for you taught me 1st how to love
thanks my once loved, for you brought me to the real world of thoughts
thanks my love, for you show me not to have prejudices
thanks my love, for you make me fun almost all the time
thanks to you dearly, for you are being so dearly to me
thanks to you, for you are crazy and make me willing to stay up all night just to have a talk
thanks to you, for you laugh at my jokes, and because of you i listen to new songs

i'm no a good man. but i want to be one
maybe not to the first two
maybe for the latter five
maybe vice versa

who knows?

life is good.

Thursday, 29 March 2012

one does not simply stay at the position for 28 years?

dolu dolu Wak Tong pernah kata,
kalau boleh dia nak jadik pemain bola yang paling tua kat Malaysia.
tu boleh diterima akal
sebab Wak Tong boleh kasi gol lencong baek punya
sampai Leonel Lewis terberak kapur.

sekarang sekarang pulak
ada lah seorang hamba Tuhan ni
kalau boleh nak jadik presiden bola paling tua kat jawatan tu.
ini tak boleh diterima akal
coba bilang, semenjak 28 tahun lalu,
berapa ramai pakar bola yang dah berambus? atau pun merajuk? atau pun kena tindakan hundang hundang?
Coach Lim Teong Kim, Arwah Basri Akil, Coach Azraai, Mr Stuart
kalau tendang si Haji Fuad tu takpe gak
nampak la brilliant di situ

masalah masalah
benda benda gini
ngadu kat Tuhan jek
kalau kita golongan teraniaya
sure makbul doa
time tu jangan salahkan marhaen ya.

#andai dapatttt ku undurkann putaran duniaaaaa inginku ubah semulaaaaa


Monday, 26 March 2012

best ke tak best ke best ke tak best

tak semua benda best tu untuk kita
sebab tak semua benda tak best tu untuk kita.

normal la rasa geram tu.
supaya bantal kita dapat berkhidmat untuk digigit.
tak nak gigit bantal?
gigit kucing.

time time camni gua rindu kakak dengan kakcik.

Sunday, 25 March 2012

hilangkan gila.

macam nak gila rasa.

gila sebab kerja.
gila sebab kerahan.
gila sebab ujian.
gila sebab orang.

tapi gila tu kadang kadang

hilang sebab siap.
hilang sebab ganjaran.
hilang sebab pencapaian.
hilang sebab sayang.

dan paling utama

hilang sebab Tuhan.

kita selalu silap bila kita fokus pada yang gila sebab benda tu nampak. padahal bila kita fokus pada yang hilang, walaupun tak nampak, benda tu yang akan bawak kegembiraan.

jadi bukan semua benda yang tersurat tu akan buat kita rasa gembira. jadi jangan lupakan pada yang tersirat. sebab yang tersirat ni memang takdirnya rahsia. kalau bukan rahsia, jadi hilanglah gembira.

cheers folks.

Sunday, 26 February 2012

sepak mula.

first post gua untuk tahun 2012.yang diramalkan banyak bencana dan tak keterlaluan ada juga yang ramal apokalips. Tuhan je yang tahu kebenarannya. tak salah untuk kita jadik paranoid, kalau betul cara ketakutan tu diterjemahkan.

so far untuk 2 bulan pertama,gua rasa perjalanannya okay. gua memulakan semula proses pembakaran kulit untuk mendapatkan "nails on shoulders", pointer gua agak membanggakan yang mana akan menjadikan benda ni perlu dikekalkan walaupun payah, dan ada satu benda pelik yang dah jadik, which i won't tell you here. lets just have that as a secret. forever. - sebab kongsi segala perkara tentang diri sendiri di media adalah terlalu mainstream.

sebagai persediaan untuk subjek Penglahiran Bakat Kreatif semester depan, gua rasa gua nak buat tempat ni sebagai tempat simpan gua punya kepingan handalan. tapi lu semua mesti tahu gua ni hangat hangat taik singa jek selalunya. i hope i can keep this up by myself.

and here it goes..

Wednesday, 16 November 2011

selamat

sebagai anak tahun naga, gua sentiasa mengimpikan bahawasanya gua akan jumpa mutiara naga, suatu hari nanti. gua nak pow menatang yang duduk dalam mutiara naga tu cermin peniru doraemon. supaya gua boleh menjadi tamak tanpa menjadi tamak.

tapi gua hairan. dah dua puluh dua tahun gua hidup atas muka bumi Tuhan, gua rasa Kakaroct lah manusia yang paling bernasib baik. dari kecik sampai ke besar, tak sudah sudah jumpa mutiara naga. hairan gua.

untuk tahun seterusnya gua yang bakal gua tempuh ni, gua nak sambung conquest gua. tak dapat jumpa mutiara naga, jumpa mutiara tokek pun jadi lah. boleh gua minta cermin diri untuk yang tak sedar diri ni.

selamat jalan dua puluh satu tambah satu. gua masih terasa perasaaan legal akhirnya, walaupun sekarang sudah jadi tambah dua. hahahahaha

p/s: bet gua masih berjalan, dan tinggal 23 jam 09 minit lagi. we'll see. :)

Monday, 14 November 2011

hujan cintan

malam itu, malam yang sejuk. ingin saja bersembunyi di balik selimut. mengerekot macam kerengga yang bertungkus lumus mengalahkan saudara sespeseisnya dalam arena perebutan daun yang masak ranum. hujan kucing dan anjing di luar sana. titis titisnya mampu membuat seseorang atau semua orang mengeluh akibat kekuyupan yang melampau, dan memaksa mereka ke bilik mandi untuk membersihkan diri daripada air hujan yang melekat di badan. air hujan zaman sekarang bukan boleh percaya. silap silap kau boleh jumpa kaki lipas dalam air hujan tu.

telefon genggam ada di tanganan gua. eh silap, telefon tangan ada di genggaman gua. tapi gua tak rasa nak call sesiapa. gua bukan kedekut kredit. gua cuma rasa nombor nombor yang ada tersimpan di dalam buku telefon automatik tu tak ada satu pun yang membuatkan hati gua bergejolak nak hubungi. dan sila jangan mengarahkan soalan anda kepada "eh takkan dengan yang tu pun lu tak nak hubungi. atau sekadar bertanya khabar?" sebab jawapan gua akan berbunyi begini "lu tak faham bahasa ke?nak gua tumbuk sekali dulu kot?"

mungkin gua tak rasa ada keinginan malam ini untuk bercinta dengan sesiapa manusia, hatta bersosial sekalipun. kalau orang lain mungkin malam begini yang ditemani angin sesejuk sesepoi bahasa melayu tinggi, adalah masa yang sesuai untuk meluahkan kata kata cinta, ataupun bertanya sama ada si dia dah makan ke belum dengan penuh perasaan cinta. aneh, nak tanya sudah bersantap atau belum pun hati penuh berbunga bunga sama macam soalan "adakah awak cintakan saya sepenuh hati awak" sebab tak ada kesinoniman antara soalan makan dan soalan cinta. itu sejauh mana yang gua tahu lah.

maka daripada gua melayan mood-mood cinta kepada manusia ini, lebih baik gua layan satu lagi aspek yang gua dah sebut sebelum ini. makan. dan gua nak menerbitkan rasa cinta makan. makan semasa hujan adalah suatu perkara yang hebat. dan anda akan merasakan hati penuh debunga sebagaimana orang yang bercinta. rasa nikmat dan khayal seperti di kayangan gamaknya. jadi gua pun bergegas untuk mendapatkan "cinta" tersebut.

gua masak air. gua selongkar almari. dalam masa tujuh minit terhidang di depan gua segelas milo panas dan semangkuk besar cintan perasa kari.

gua hirup milo, gua srrrupppppp cintan. serta merta gua terbayang ketika gua berusia tiga tahun. gua datang ke tempat ayah gua selalu melampiaskan masa lapang bersama rakan rakannya. ayah gua memang digelar putera mahjong dulu. gua haram sepatah tak faham permainan tahi apakah itu. yang gua tahu, ada banyak batu putih bentuk petak yang pelbagai coraknya, lepas itu semua pemain akan menggerak-gerakkan batuan tersebut dan menghasilkan bunyi yang merdu. oleh sebab gua tak faham, gua akan merengek sebab gua tak tahu apa nak buat. nanti akan datang satu ah so yang comel membawakan gua cintan perasa kari dalam mangkuk bercorak naga beserta kayu penyepit. gua yang masih mentah ketika itu terus makan tanpa usul periksa dan menggemarinya. sejak itu, setakat maggi ni, gua pandang sebelah mata sahaja.

wah, seronoknya mengimbau kenangan di kala hujan. nampaknya bukan orang orang bercinta sahaja yang khayal dek lamunan sekarang. gua pun macam dah terkena sama. gua sedar hidup ini bukan sekadar gembira dek cinta. banyak lagi perkara yang kadang kadang kita rasa sangat mudah boleh membawa gembira. gua beuntung sebab gua macam ada unsur unsur kesedaran sedikit mengenai itu.

sekarang gua dah kenyang. gua terpikir lu orang yang sibuk bercinta ni, ada ke imbauan mengenai mee segera?



dan macam biasa mata gua mengerling ke atas toolbar.

gua nampak perkataan "Usaha Peristilahan".

gua pun buat monolog "sial la. minggu ni dah la minggu sembilan. shit."