Sunday, 17 July 2011

lagu Negaraku terlalu mulia untuk dimainkan ketika menentang kelab. so biarlah segala lagu kelab nak berkumandang pun. yang penting 23 Julai ni, pastikan lagu keramat itu mengegarkan bumi singa.

p/s: best jual air. best tunjuk jari tengah kat singaporeans. rasa puas macam dapat tunjuk jari tengah kat bos pulak.

Tuesday, 12 July 2011

paska sebelas julai. selepas edisi SA duabelas julai.

episod belasungkawa yang telah menumpahkan airmata sebak diri ini. bukan kerana sedih dengan ketiadaannya. tapi kerana sayangkan seorang rakyat biasa yang secara individu kugelarkan beliau pahlawan. tak banyak yang aku rasa aku nak cakap. sebab "ramai" kot yang tonton dan boleh fikir sendiri tang disiplin beliau, dedikasi dan macam macam lagi. cuma ada sedikit yang menarik perhatian aku:

-PR skil beliau memang bagus walau dalam keadaan santai dan bersahaja. yang penting mesejnya sampai. tidak kekok berhadapan dengan media dan tenang mengikut gaya yang dibawa oleh pengacara/wartawan. semoga para pemain kita dapat mencontohi perkara ini, terutamanya encik penyerang pemalu, Ashaari Shamsuddin (jangan marah saya abang saha. tv3 yang sebut ni tahun 2008 dulu)

-beliau sendiri walau bertaraf lagenda, pun pernah dihadapkan ke mahkamah kerana mengkritik badan yang beliau bernaung di bawahnya, Persatuan Bolasepak Malaysia. contohilah beliau. tiada apa yang perlu ditakutkan jika anda di pihak yang benar. ini negara mengamalkan kebebasan bersuara (walaupun nampak realitinya semacam tidak..)

-beliau pun terkena tohmahan yang bukan main hebat sampaikan beliau merajuk tak mau main untuk pra Olimpik. but still, he's there to score. why? semuanya atas semangat nasionalisme yang beliau pegang, untuk negara kita yang kita sama sama julang. so komrad komrad Ultras Malaya, aku yakin kita di pihak yang benar, dan tak ada yang tak ikhlas dalam perjuangan InsyaAllah (kecuali yang buat taik..semoga kau bahagia dengan taik yang kau buat) jangan lemah semangat dan teruskan melangkah. niat yang baik akan berkesudahan baik hendaknya.


pahlawanku terbilang,
jasamu setinggi puncak menjulang,
budimu seluas lautan terbentang,
semoga di samping Sang Pencipta kau sentiasa tenang.

semoga anak anak muda negara,
mencontohi semangatmu yang waja,
berpaksikan jiwa yang taat dan setia,
kepada watan tercinta Malaysia.

kehebatanmu kekal di sanubari,
takkan pernah padam dan mati,
satu nama yang membanggakan kami,
lagenda terbilang, Mokhtar Dahari.


Belasungkawa Supermokh.


p/s yang pernah tonton cerita Mekanik pasti takkan lupa scene ni.

Saturday, 9 July 2011

paska sembilan julai

satu: peniaga memekak rugi teruk lah, rugi berjuta lah. baru setengah hari mengeluh macam bankrap dah tak boleh berniaga lagi. apa untung berhari hari tu tak cukup ke? yang korang dok kaut untung keje naek harga tu tak boleh nak beli nasik lauk ayam dua kali sehari ke? ke nak hangkut semua reta masuk kubur? dasar bajingan.

dua: dalam bumi Malaysia ni rasanya banyak tempat menarik untuk dilancongi. "lawatilah tempat tempat menarik di Malaysia" pesan gomen. dah tu yang bukan maen time time ni lah nak turun jenjalan kat KL tu kenapa? padahal tarikh sembilan julai ni dah dicanang sejak dulu kala lagi. Putrajaya ada, Subang ada, Damansara ada, Ulu Yam ada, Gabai ada.

tiga: rata rata orang cakap perhimpunan ni menyusahkan orang ramai. aku rasa orang dalam perhimpunan tu dah umum dari Stadium Merdeka nak pergi Istana Negara anta memo. dan jalan dia seingat aku paling ringkas dorang boleh lalu ialah Stadium Merdeka - Jalan Stadium - Jalan Kinabalu - Jalan Syed Putra - Jalan Istana. pihak berkenaan tutup KESAS, buat sekatan kat Batu Tiga dengan simpang Seksyen 51A, Bukit Kiara pun ada tu kenapa? so siapa yang susahkan orang?

empat: lima ribu ke enam ribu yang muncul? alamak. kiralah sendiri.


lima: yang mamat ketua merah cakap perhimpunan ni diresapi unsur pembangkang. memang lah, takkan kerajaan pulak nak memekak tak puas hati cakap kami nak pilihan raya bersih sedangkan korang yang menang.mestilah yang kalah memekak.pastu kalau ada di kalangan korang join pun, nanti mesti dia kena gantung keahlian lah, kena buang parti lah, kena tindakan lah. camne lah tak diresapi unsur pembangkang. haiya common sense la bro.

enam: nampak ramai warga asing pun turut sama. yang belah kuning dengan merah sama sama cakap apa yang mereka buat direstui satu dunia, orang luar faham dan sebab tu join the cause. bullshit bullshit bullshit. ada dorang kesah pasal situasi kita? ada dorang amek tau pasal negara kita? tak lebih sekadar nak seronok. nak amek tindakan pun tak boleh kan. hey you guys, Malaysia ni masa depannya ditentu orang Malaysia. bukan korang. so go and have a fucking fun kat tempat laen la.yang orang kita takyah nak seronok bagai la. apa punya perasan.

tujuh: aku tau masjid boleh jadi pusat untuk segala aktiviti. tapi kita ni di dunia moden. takyah nak berlagak suci sangat la. politik kita penuh unsur kekotoran. so yang si kuning ni bantai nak gak start kat area masjid tu kenapa? nak solat, solat lah. pastu keluar la. jangan stay dalam masjid. bila kena halau dengan pihak berkenaan reti plak nak marah. hoh.

lapan: ye tak salah nak mintak demokrasi yang lebih bersih. tapi leader kuning tu bersih sangat ke? apa korang lupa ke korang sendiri yang pergi serang forum masuk Islam anjuran dia? so sekarang what the hell? hanya sebab cause yang dia buat, korang buang sekejap dendam tu? dey anney..agama dengan politik mana korang letak dulu dey..lain la kalau korang liberal then i won't say a thing.

sembilan: yang kat internet pulak bila orang ni sebut pasal Melayu, yang lagi satu mula la cakap aku lebih suka menyatukan agama lah, kat akhirat esok tak tanya pasal bangsa lah. pastu bila orang ni sebut pasal agama, orang tu pulak sebut korang ni mangsa penipuan lah, menyusahkan orang ramai lah. duh. korang semua mangsa ekceli. mangsa apa? mangsa demokrasi. demokrasi tu acuan barat. tak pernahnya bersih. demokrasi menghalalkan apa sahaja demi mencapai cita cita politik. termasuk persoalan agama, bangsa dan sebagainya. dah tu nak tunjuk suci sangat apa pasaL? aku tak menafikan benda yang korang pertahankan ada betulnya, tapi semua atas nama demokrasi. demokrasi tu kotor dan sentiasa kotor. takde tempat orang suci di dalam demokrasi. hanya ada tempat orang orang kotor macam aku je.

p/s mesti ada yang nampak aku berat kepada yang kuning kan? hahaha aku bukan berada di pihak sana. pihak sini pun bukan. aku memerhati dan ini yang ada dalam kepala aku. korang suka ke tak suka ke aku tak pedulik. sebab gua Malaysian maaaaa..

p/p/s setakat sorang mati, pak anwar patah tengkuk, jauhhhhhhh lagi nak jadi macam Tahrir Square. so jangan harap korang akan dapat tuntutan tu. kahkahkah.

p/p/p/s setia kepada Raja Dan Negara. itu yang aku pegang.

Thursday, 7 July 2011

tanda soal

sudah tiga tapi
saya tak tahu

sudah enam tapi
saya tak tahu

sudah senang walau susah, tapi
saya tak tahu

sudah senang lepas tu payah, tapi
saya tak tahu

sudah senang pun masih macam haramjadah, tapi
saya tak tahu

saya lelaki yang nak masa depan, tapi
saya masih tak tahu

entah. saya tak tahu lah.

Monday, 4 July 2011

Tajuk Entri Yang Sungguh Baik - Malaysia memenangi perlawanan pra kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan dengan agregat 4-4.


setelah malam ni Malaysia dengan pastinya menang dengan Taiwan yang main kotor dengan bantuan seekor referee bangsat yang setaraf dengan ben williams iaitu võ minh trí, kepala aku terpacul satu nama yang entah korang penah dengar tak - farissen.


ehehem. salam encik farissen, hidup lagi ke, atau dah mampus ke, atau masih dengan SDHF ke, atau dah masuk gerakan LATW ke beb?

ehehem. Malaysia menang tadi beb. UM kompem nak singgah tempat jahanam kau tinggal tu beb. gua rasa gua nak jumpa lu la beb. 3 taun utang beb. gua carik lu kat stadium MBPJ dulu lu takde beb.

ehehem tapi gua paham beb. stadium MBPJ tu tempat kitorang beb. sebab tu gua rasa kali ni baek gua jumpa lu kat tempat lu beb. kalau lu gegar lu pegi ketuk kepala lu kat batu batu yang ada kat Pedra Branca yang dah jadi lu orang punya beb.

ehehem mari beb. buktikan ke-kallang-roar-an lu dan jangan hampakan gua beb. lu kan mamat yang paling gerek beb.benci Malaysia ye beb? sengaja gua letak nama lu kat sini biar orang senang google beb.


fucking singapork bastard. melolong kat page macam hanjeng.ajak jumpa tak mau.sejak 2008 gua carik lu. gerek pejadah?

Wednesday, 29 June 2011

gua lemah.lu ada?

malam ni gua makan buku la nampaknya.pantang nampak buku,pasti tergadai maruah cebisan cebisan wang di dalam poket gua.gua rasa helai helaibuku lebih menggiurkan daripada sepinggan penuh nasik ayam ah kau.dan ketahuilah bahawa entri blog yang ditulis menggunakan telefon adalah sangat menyakitkan hati atas dasar kelembaban menaip.grrr...

Thursday, 23 June 2011

kemaafan dendam yang terindah

purata dua bulan sekali. dalam sekali tu tujuh minit. paling lama pun dalam tiga jam.

dan sekarang peluang untuk berlaku corang adalah terbuka seluasnya. sebab yang di sebelah sana dirasakan melakukannya, cuma dalam versi berbeza. dan pintu kecorangan itu bukan dibuka oleh sebelah sini.

tapi yang sebelah sini tu tak rela dan rasa susah nak melakukannya. sebab dibesarkan dengan erti setia. ya yang sebelah sini bukan insan yang baik. tapi kalau dah namanya setia, cucuk hidung pun sanggup. nak jerit fuck off damnit pun tak boleh. rasa sayang menumpaskan segalanya.

kuatkan hati. memekak kat blog ni. dan telan segalanya. tu sajalah yang mampu dibuat.

p/s: layan lagu Aishah.