dua: dalam bumi Malaysia ni rasanya banyak tempat menarik untuk dilancongi. "lawatilah tempat tempat menarik di Malaysia" pesan gomen. dah tu yang bukan maen time time ni lah nak turun jenjalan kat KL tu kenapa? padahal tarikh sembilan julai ni dah dicanang sejak dulu kala lagi. Putrajaya ada, Subang ada, Damansara ada, Ulu Yam ada, Gabai ada.
tiga: rata rata orang cakap perhimpunan ni menyusahkan orang ramai. aku rasa orang dalam perhimpunan tu dah umum dari Stadium Merdeka nak pergi Istana Negara anta memo. dan jalan dia seingat aku paling ringkas dorang boleh lalu ialah Stadium Merdeka - Jalan Stadium - Jalan Kinabalu - Jalan Syed Putra - Jalan Istana. pihak berkenaan tutup KESAS, buat sekatan kat Batu Tiga dengan simpang Seksyen 51A, Bukit Kiara pun ada tu kenapa? so siapa yang susahkan orang?
empat: lima ribu ke enam ribu yang muncul? alamak. kiralah sendiri.
lima: yang mamat ketua merah cakap perhimpunan ni diresapi unsur pembangkang. memang lah, takkan kerajaan pulak nak memekak tak puas hati cakap kami nak pilihan raya bersih sedangkan korang yang menang.mestilah yang kalah memekak.pastu kalau ada di kalangan korang join pun, nanti mesti dia kena gantung keahlian lah, kena buang parti lah, kena tindakan lah. camne lah tak diresapi unsur pembangkang. haiya common sense la bro.
enam: nampak ramai warga asing pun turut sama. yang belah kuning dengan merah sama sama cakap apa yang mereka buat direstui satu dunia, orang luar faham dan sebab tu join the cause. bullshit bullshit bullshit. ada dorang kesah pasal situasi kita? ada dorang amek tau pasal negara kita? tak lebih sekadar nak seronok. nak amek tindakan pun tak boleh kan. hey you guys, Malaysia ni masa depannya ditentu orang Malaysia. bukan korang. so go and have a fucking fun kat tempat laen la.yang orang kita takyah nak seronok bagai la. apa punya perasan.
tujuh: aku tau masjid boleh jadi pusat untuk segala aktiviti. tapi kita ni di dunia moden. takyah nak berlagak suci sangat la. politik kita penuh unsur kekotoran. so yang si kuning ni bantai nak gak start kat area masjid tu kenapa? nak solat, solat lah. pastu keluar la. jangan stay dalam masjid. bila kena halau dengan pihak berkenaan reti plak nak marah. hoh.
lapan: ye tak salah nak mintak demokrasi yang lebih bersih. tapi leader kuning tu bersih sangat ke? apa korang lupa ke korang sendiri yang pergi serang forum masuk Islam anjuran dia? so sekarang what the hell? hanya sebab cause yang dia buat, korang buang sekejap dendam tu? dey anney..agama dengan politik mana korang letak dulu dey..lain la kalau korang liberal then i won't say a thing.
sembilan: yang kat internet pulak bila orang ni sebut pasal Melayu, yang lagi satu mula la cakap aku lebih suka menyatukan agama lah, kat akhirat esok tak tanya pasal bangsa lah. pastu bila orang ni sebut pasal agama, orang tu pulak sebut korang ni mangsa penipuan lah, menyusahkan orang ramai lah. duh. korang semua mangsa ekceli. mangsa apa? mangsa demokrasi. demokrasi tu acuan barat. tak pernahnya bersih. demokrasi menghalalkan apa sahaja demi mencapai cita cita politik. termasuk persoalan agama, bangsa dan sebagainya. dah tu nak tunjuk suci sangat apa pasaL? aku tak menafikan benda yang korang pertahankan ada betulnya, tapi semua atas nama demokrasi. demokrasi tu kotor dan sentiasa kotor. takde tempat orang suci di dalam demokrasi. hanya ada tempat orang orang kotor macam aku je.

p/s mesti ada yang nampak aku berat kepada yang kuning kan? hahaha aku bukan berada di pihak sana. pihak sini pun bukan. aku memerhati dan ini yang ada dalam kepala aku. korang suka ke tak suka ke aku tak pedulik. sebab gua Malaysian maaaaa..
p/p/s setakat sorang mati, pak anwar patah tengkuk, jauhhhhhhh lagi nak jadi macam Tahrir Square. so jangan harap korang akan dapat tuntutan tu. kahkahkah.
p/p/p/s setia kepada Raja Dan Negara. itu yang aku pegang.