Wednesday, 22 April 2009

seremban.sekejap.

balek rumah,jumpa family.tapi sekejap sangat.

balek rumah,jumpa princess

balek rumah,tengok bola

balek rumah,jumpa geng HMCians

so

balek rumah=tak duduk rumah.hahahahaha


ingat tak dulu aku ada cakap pasal afiq ilham tak reti senyum? nampaknya beliau telah menunjukkan perkembangan positip.buktinya:

sape laaa cikgu dia nih.hahahaha.suka kamera ye adek?makin tembam kauuuu~


p/s:ibu masak sedap woh.now mau tunggu princess plak nak masak.beliau sudah janji woh.tak sabarrrrrr~

rindu rumah.rindu princess.rindu adek afiq.nak balekkkkkkkkkkkk~

Tuesday, 14 April 2009

apa bising-bising pagi-pagi?

aku dah la bukan maen nak kena fokus dengan presentation esok, boleh plak ada bunyi memekak-mekak kat luar. habis fokus aku sebab curiosity tahap dewa, diselang-seli dengan beberapa perkataan caci - maki - hamun - tak - ingat - donia. sekali aku keluar balkoni, rupa-rupanya....


nampak menda tengah-tengah gambo yang keluar asap tebal tuh? meh aku zoom kamera sket.


patut laa memekak-mekak siren bomba,polis dengan ambulan.adalah nak dekat 20 kali bunyi siren aku dengar.lepas satu,satu.boleh plak bantai ada bangunan tebako pagi-pagi buta kul 3.40 nih.

menyesal plak aku kutuk-kutuk bunyi bising tuh.hahaha.mekaseh brader-brader bomba,polis dan kakitangan sepital.subuh-subuh buta ni la korang kena keje kuat demi nyawa orang ramai.harap xde kemalangan jiwa hendaknya.

dah ar. aku nak sambung praktis.wish me luck!

Friday, 10 April 2009

memoria 10 april

hari ini, 4 tahun yang lalu. tarikhnya masih 10 april.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku menjadi pemastautin seketika di bangunan kecil berwarna kuning.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku tak pernah sangka malam itu malam yang akhir.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku tahu saatnya akan tiba namun tak pernah ku tahu inilah masanya.

hari ini, 4 tahun yang lalu. pertama kali aku rasakan bumi ini khayalan,kaki ini lemah longlai.

hari ini, 4 tahun yang lalu. akhirnya segala penderitaannya bakal tamat jua.

hari ini, 4 tahun yang lalu. pagi itu pagi yang membuat aku rasa tiada tenaga.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku ajarkan kalimah suci kepadanya.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku limpahkan air mata, tanda sedih, tanda kasih. kerana masanya kian hampir.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku pohon kemaafan kali akhir sebagai seorang anak yang penuh dosa.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku lihat dirinya tidak lagi memandangku,menyebut namaku.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku lihat tangisan si anak-anak, ketabahan seorang suami, kesedihan saudara sedarah daging, ratapan si ayah dan ibu tercinta.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku lihat di depan mataku, kepulangan seorang insan kepada sang Tuan.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku lihat dia tidak lagi menangis, tidak lagi berkata.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku lihat kain hijau menutupinya sementara.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku lihat betapa ramai manusia yang menyayanginya.

hari ini, 4 tahun yang lalu. semua penyesalan timbul.namun tiada satu yang berguna.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku lihat wajah bersih dirinya diselubungi keputihan, seolah manusia yang sedang nyenyak lena dibuai mimpi.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku hadiahkan ciuman akhir kepadanya sebagai tanda kenangan yang akan kekal sampai bila-bila.sebagai tanda dia bertakhta di hati buat selama-lamanya.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku memayungi dirinya kali akhir.

hari ini, 4 tahun yang lalu. dia tidak lagi menaiki kenderaan, sebaliknya dia mengendarai manusia.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku lihat perpindahannya ke rumah barunya.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku lihat satu persatu papan kecil sebagai pintu rumah barunya.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku tatap wajahnya sepuas hatiku,hingga saat papan akhir menutupi wajahnya yang putih bersih itu.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku temani dia walaupun yang lain sudah meninggalkan aku di kawasan bertanah merah itu.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku terlihat suatu hikmah, dia ditempatkan bersebelahan rakan karibnya, sebagai tanda akrab persahabatan mereka,dari mereka bernyawa sehingga mereka tiada.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku duduk seorangan di jendela.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku terbayang-bayang riak mukanya ketika masih di dunia.

hari ini, 4 tahun yang lalu. aku jadi sukar melelapkan mata,serasa dia masih di sisiku.



hari ini, aku masih terasa sayu.aku menangis kerana rindu.

hari ini, aku rasa dia masih disisiku.memberi semangat ketika aku sedang lemah.

hari ini, aku masih berharap dia masih ada.

hari ini, aku masih perlukannya. aku sangat sayangkannya.

hari ini, esok, selamanya. wajah, kenangan, pengorbanannya akan terus bersemadi di dalam hati. walau jasadnya hancur dimamah bumi.

hari ini, genaplah 4 tahun, aku kehilangan seorang insan bergelar ibu.



ummi, along sayang ummi. along janji dengan ummi, along akan terus berjuang sebagaimana kuatnya ummi berjuang melawan kedaifan kita, sebagaimana gagahnya ummi berjuang melawan penyakit ummi, sebagaimana kentalnya ummi menasihati along dan adik-adik. along janji ummi, along akan jaga dan bela angah dan adik. along akan terus rindukan ummi sampai bila-bila.along takkan pernah lupakan ummi.along akan pastikan teman hidup along juga akan sayangkan ummi, dan mencontohi ummi.semoga ummi damai dan tenang di sisi Tuhan Yang Maha Esa.doa along dan adik-adik akan kekal menemani ummi.ummi insan terbaik yang pernah kami ada.

i miss you ummi.i really miss you.


Al-Fatihah buat ibu tercinta

Kama Rozihan binti Ali

Tuesday, 7 April 2009

rasa ringan sedikit. kenapa ya?

lihat gambar di bawah:


anda nampak bukan apa yang dipegang? anda semua tahu apa benda tersebut?

masih ingatkah anda tentang pengembaraan di dalam peta caca-merba?

yaaaaa..itulah harta karun yang berjaya ditemui oleh in-dinie jones ye adek-adek sekalian. bukan maen cabaran ditempuh,akhirnya harta intelek tersebut berada di dalam genggaman sang pengembara.dalam erti kata laen, *ehem ehem* itulah paras rupa bentuk sebuah thesis hasil kajian yang telah berjaya disiapkan setelah bertungkus lumus membuat kerja akhir selama 2 hari dengan tidur selama 2 jam sahaja, setelah terpaksa ke sana ke mari, setelah terpaksa melarikan bajet dengan jumlah yang besar.AKU GUMBIRA BEB! GUMBIRA!

jadi aku mau tidur.ganti waktu-waktu tidur ku yang telah banyak terkorban.kesian encik mata nih.

sementara menunggu 7 lagi tugasan berat yang akan membawa tensen yang memutar ligat, yang bakal menjelang sebelum tirai pengajian dilabuhkan di sini, adalah baek aku nikmati seketika saat-saat indah ini~aduh seronoknya.*markah sikit? oh, dah nampak dah banyak silap dalam thesis tuh. ah, janji aku siap. pedulik hapa chek oii.*

Monday, 6 April 2009

hari yang suram

this post is meant to be short since today is a sad day to us, especially the batch of 2005 at SMKA SHAMS.

this morning at 6, my phone received a lot of messages and calls. all because of a news. our fellow mr. noor hazlan ahmad was no longer here anymore.he left all of us; he has returned to the Creator. this news seriously shocked us. we all lost a friend, a nice buddy, and a good brother which we knew and lived together for 5 years. our schooldays was alive,because of his presence.

now it's time for us to bid our farewell, although it seems fast for him to left us.

may you rest in peace, my friend. forgive us of all our wrongdoings towards you.

semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.amin.


Friday, 3 April 2009

yet another map.

ye adek-adek sekalian.semalam kita telah menelaah bagaimana untuk membaca peta menuju bantal yang terhasil kerana kepeningan menelaah sebuah pelajaran bernama human resource management.hari ini marilah kita masuk ke tahap seterusnya yang lebih serabut iaitu membaca peta di kawasan yang lebih berbahaya kerana tahap kewarasan sekitar yang amat rendah dan kadangkala dipengaruhi oleh saiz mata yang tak berapa nak besar yang bukan sahaja terjadi kerana asal-usul kawasan yang bertapak di sebuah negara bergelar china.dan kita saksikan wajah peta tersebut.oh ye anda bolehlah merefer peta ini sebagai peta menuju bantal versi kedua.


ha kan bukti kurang kewarasan.penuh caca-merba kat bawah peta dan mungkin boleh mengakibatkan kesesatan yang nyata jika tidak dikawal dan tidak direhatkan sebentar.jadi sebagai langkah kawalan di tengah peta tersebut terletaknya sebuah telefon tangan *ingat tak iklan berdialog "eh,sini pun ada public phone?" dan ditunjukkan ada pablik fon kat bukit batu yang dorg daki* yang boleh digunakan untuk menghubungi yang tersayang.oh hari ini takde air tenaga sebab terasa diri kuat dan penuh stamina,dan lagi satu sebab yang kaler PURPLE dah abes~kaler laen ada ar.

dah ar.nak sambung menjelajah dalam kawasan peta semula.adios.

Thursday, 2 April 2009

peta menuju bantal

akibat kalau dah pening study suatu ilmu bertajuk human resource management.maka datanglah suatu syaitan membisikkan lagu-lagu indah menyuruh aku ke mode lelap mata.tapi aku lebih gagah dari mereka.yaaarghhhhh~



konklusi : kitab law + sumber mengantuk = jalan yang benar lagi lurus, terus menuju sarang rimau.tapi terima kasih dgn bantuan air kaler PURPLE *hahaha* kerana membantu melambatkan proses mengantuk tersebut.

macam mana laa cik princess boleh amek course ni ek? memang kena ada endurance yang tahap hyper woh.

good april fool jokes mr.subri.why la all chapters pon you include dalam paper exam? kan dah terhasil peta nih. adehs~